Thursday, October 11, 2012

KALAU SETAKAT NAK TOLONG MELAYU





Nasharuddin pun nak tolong Melayu,nak perpaduan Melayu
Hassan Ali pun sama juga nak tolong Melayu
Zulkifli pun serupa nak bantu orang Melayu
Pasai apa ketiga2 depa ni tak berpakat
Ni dok lorong masing2
Hang geletek kut sana,awak pusing kut sana
Masing2 dok hantam Melayu

Kalu nak bantu tak payah
Ikut cara tok nenek bela ayam
Kruuuuuuuuu panggil tabor padi
Semua mai makan
Panggil MELAYU ,semua mai
Beri , beri , beri

Tak payah dok tunggu pilihanraya

Nasharuddin,Hasan Ali,Zulkifli 
Semua orang bijak
Cerdik dan pandai
Intellektual
Kekadangnya orang bijak tak boleh kita harap
Zaman dulu cerdik sikit pasti kena bunuh
Macam cerita Singapura di langgar todak

Sedikit masa dulu dimatikan karier politik
YM Tengku cuba matikan politik Mahathir
Kena buang dari umno
Mahathir pula matikan karier politik Ku Li
Matikan karier Musa Hitam
Turut sama Pak Ghaffar
Anwar Ibrahim
Pak Lah Badawi
Pasai apa ?Nampak cerdik dari aku

Pendek kata ,tolonglah sesapa saja
Jangan pilih bulu
Apa kata pula orang yang tak dak bulu ?
Dogiang


No comments: