BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Thursday, September 30, 2010
BUKAN SYARIAT TAPI FESYEN
Fesyen tudung terkini adalah style rahib kristian.
Lihat gambar yang aku ambil dari blog hajiarshad.
Sejengkal demi sejengkal kita ikuti mereka,sehingga masok ke lubang biawak.....nauzubillah.
Salam melebar senyum...........srengenge bimbang fesyen perosak ni.
Wednesday, September 29, 2010
PRK GALAS
Apa Umno nak kata ?
Apa Pas nak cerita ?
Galas akan menentukan kepahaman politik rakyat.Dengan syarat SPR itu telus dan adil.Jangan megah membuat dosa.Dunia sementara,akhirat abadan-abada.Biar tak hebat di dunia,tapi mesti mau hebat di akhirat.
Salam melebar senyum...........srengenge tunggu dan tengok
KAPAL HAJI
Inilah kapal2 haji datuk2 kita pi Makkah zaman dulu.
Ini pula ialah kapal KUALA LUMPUR........inilah kapal yang paling popular
Kuala Lumpur nama diberi............seronok lain dari yang lain
Yang ni MALAYSIA KITA ...........membawa ribu2 haji dan hajjah......
Tuesday, September 28, 2010
GALAS
Dalam bahasa kedah , galas bermakna pikul.
Jadi sapa pula nak galas GALAS bila PRK diadakan nanti.
Nanti akan lagi hantu,undi pos dan kalau tak cukup musang banyak di hutan Gua Musang.
Aku harap PERKASA masuk bertanding,bukankah berpuluh ribu Melayu sokong depa ?
Bersemangat betoi Brehim dengan keris ditangannya.
Tun M semangatnya 50-50.Angkat tangan tak berapa nak jadi.
Dia perintah 22 tahun,tak dan nak tolong Melayu.
Payah tolong Melayu.......ada Melayu mai kot Pattani,ada mai kot Jawa,ada mai kot Minangkabau,ada mai kot Aceh,ada mai kot India,ada mai kot bangla,ada Banjar,ada dkk.,ada mai kot Kampuchea,ada keturunan Bugis,ada keturunan turkey,ada mai dari segenap 8 penjuru mata-angin.
Ku Li pula akan ada dalam dilema.....royalti minyak dia sanggup bersama kerajaan Kelantan.
Nak tolong Umno ke tolong Pas.......Umno dah sideline dia.....
Kalau dia ingat apa yang Umno buat kat dia,mampuih dia tak tolong.
Tapi dia ni orang baik dan mulia.....sejak tahun 1974 dia kuasai Gua Musang.
Semasa ada Semangat 46,Umno gerun kat dia.
Selepas dia bubar S46,Umno dah tak pandangnya lagi.
Mudah politik membunuh kawan.
Salam melebar senyum............srengenge dah bertaubat,tak larat nak 'galas ' dosa.
HARI NI GENAP SETAHUN MASEHI
Masa berlalu cukup pantas , orang kedah kata ' tak dan panas pungkoq'.
Dah setahun masehi rupanya aku dan Mak Wan pulang dari posa Ramadhan
1430.Masih terngiang2 di telinga dan berkilau di mata.........susah nak lupa.
Inilah banner dari anak2 ku,menyambut aku dan Mak Wan pulang dulu.
Syukran untuk semua.
Salam melebar senyum...........usia srengenge dah tinggal sedikit
Monday, September 27, 2010
ADIK2 MAI RAYA
Sunday, September 26, 2010
AT LAST LCW BERJAYA JUGA
BETOI KE TU ! ........MUSKHIL
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Nak tau betoi @ tidak sila baca No Harvest But A Thorn.Buku terjemahan dari buku Melayu era 60an......ada orang tak pernah dengar tajuk ni.Mesejnya ialah 'Orang melayu kaya dengan kemiskinan'.
Bila dekat pilihanraya , semua nak tolong Melayu.
Melayu dah lama hidup sejak dari kesultanan Melaka dan sebelumnya.
Sejak dari zaman Hang Tuah , Melayu terus hidup.
Dari dulu tak dak sapa dedah kehidupan orang Melayu.
Yang ada Cuma di sekeliling Istana.Rakyat di luar istana miskin kedana.Tak dak sapa nak bela dan nak ‘bela’.
Masa zaman Abdullah Munsyi,baru Dollah tulis pasai Melayu.
Dengan segala kezalimannya dan serba mak-neneknya.
Sila baca Kisah Pelayaran Abdullah.
Sampai kini dok macam tu juga.
Kalau Melayu dibela dan di’bela’ dari dulunya dah lama Melayu Gemilang dan Terbilang.
Kalau Melayu dibela dan di’bela’ sejak 1957 dah lama Melayu Perkasa.
Kalau dulu rakyat di sekeliling istana hidup senang , umpama la ni yang berkroni saja.
Kalau nak tolong ,1001 macam boleh tolong.
Mana bisa dong……..poket sendiri dulu depa penohkan.
Salam melebar senyum…………srengenge tak caya pada janji.
SERBA TAK MENENTU
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Siapakah sebenarnya Melayu ?
Dari manakah datangnya Melayu ?
Di utara orang yang mengaku Melayu berasal dari Pattani dan lain2 kawasan utara.
Ada yang berdarah camporan dengan kumpulan dari India dan negara2 arab.
Di Pulau Pinang banyak mengaku Melayu dari dkk.......di Perak,terus sampai ke Johor banyaknya dari tanah seberang dari berbagai etnik.Semua mengaku Melayu....Ada juga keturunan arab di Johor......banyaknya keturunan Jawa...di Pahang banyaknya keturunan Bugis,juga mengaku Melayu.....
Dan kini orang perkasa juga mengaku Melayu.Nak tolong Melayu.Melayu yang mana satu ?
Salam melebar senyum..........srengenge bimbang nanti semua jadi layu
( Gambar sebagai hiasan : Perhimpunan Perkasa di Pasir Mas)
Saturday, September 25, 2010
SATU PROVOKASI
Friday, September 24, 2010
TERKEJUT BEROK
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Terkejut besar berok ni dan berok2 lainnya di dalam hutan apabila ada orang beri RM 4 billion kepada kerajaan Kelantan.
Tok Guru pun tak perasan ada orang nak berikan duit tu.Itulah ceritanya dunia 1001 malam di 1Malaysia.Tok Guru tak terkejut pun.
Dulu ada seorang jutawan Lebanon nak beri duit RM 1.01 billion kat Majlis kanser Negara.Akhirnya terbukti sebagai kerja tipu.
Banyak sangat kerja tipu kat negara kita.Berbagai2.Sampai dalam pilihanraya pun ada penipuan.
Salam melebar senyum.........srengenge paling takut ditipu oleh syaitan
Thursday, September 23, 2010
JABEL OMAR
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Aku cukup familiar dengan Jabel Omar ni.Dulu merupakan tempat tinggal di beberapa rumah semasa menunaikan umrah dan haji.Kini semua tempat menginap diroboh untuk projek terbaru membangunkan Masjidil Haram.
Aku cuba merenung dan melukis gambaran asal yang dah hilang.Sayang tak dapat ku kumpulkan itu semua...........dah hilang dan terus hilang.
Salam melebar senyum............srengenge suka mengingati yang dulu2.....ia indah dan damai
BETOI KA MINYAK NAIK 5 SEN ?
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Hang sedar tak Pak Cha ?
Ni tengah jaga ni , sedar apa ?
Hang lalai ni
La habaq la apa yang berlaku ?Awat sosilawati hidup semula ?
Dak eh , ni minyak naik 5 sen.
Bila Naik?
Baru Naik
Rakyat tak heboh,NGO pun tak heboh,Berita pun tak dak
Tu la depa samun masa kita dok sebok.
Ya kita sibok dengan posa,raya dancerita pembunuhan
Betoi2.....masa tu depa samun.
Nanti esok nak pi semak kat kedai minyak.
Salam melebar senyum.................srengenge pun naik minyak kalau macam ni punya cerita.
THE ANCIENT MARINER........AL-FATIHAH
The Ancient Mariner
I cannot change the direction of the wind, but I can adjust my sails to always reach my destination - Jimmy Dean
Wednesday, September 22, 2010
A GLIMPSE TO REMEMBER
DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA........
Empat tahun telah berlalu (2006)
Sebelum aku mula menulis blog
Kami adakan perjumpaan keluarga
Panglima Hj.Wan Ibrahim Mekong
Dari Pattani , routenya bermula d kemboja
Di adakan di Banggol Derdap
Kami dapat kumpulkan dari Pattani,Perak dan seluruh Darulaman
Pengerusi kami Haji Ahmad Hj.Musa ( berkot hitam) sponsor 7 ekor kerbau
Lebih dua bulan kami merancang
Semua AJK memain peranan masing2
Gambar AJK Perjumpaan,srengenge sitting extreme right
Aku masih kuat dan energetic
Ya Leman silent reader blog srengenge dan PdKM berdiri nombor 2 dari kanan
Just a glimpse to remember
Salam untuk semua keturunan Wan Ibrahim Mekong
Tuesday, September 21, 2010
SIAPA 'BELA' GENGSTER ?
Monday, September 20, 2010
WAHAI NEGARA KU
Gambar atas aku dapat bila membaca blog Just Read.
Peristiwa berlaku di Jasin Melaka.Sebuah sekolah dibuka untuk ibu muda yang mengandung tanpa nikah.Sekalah Harapan mula dibuka untuk 5 orang bakal ibu....astaqfirullah.
Di bawah ni ialah cerita dari blog OutSyedthebox.
Ceritanya dari luar negara.
Pengguna Astro di kampuchea bayar RM 16 untuk 100 channels.
Cuba baca ulasannya:
Dan atas ni gambar sambutan Eidilfiteri di Parlimen Bera.
Nak tau cerita sepenohnya sila baca blog :http://almankaraqi.blogspot .com
Wahai negara ku 1Malaysia.
Salam melebar senyum.............Ajaib , baru seminggu Ramadhan berlalu.
MASUK UMM AL-QURA UNIVERSITY
Kelulusan ku tak menjamin aku dapat masok ke Universiti Umm Al-Qura di Makkah.Tapi atas kuasaNya Allah,aku dapat masok ( masok saja ) tanggal Jun,1989...........aku bertemu anaknda Subky di Masjidil-Haram.Subky pernah ke srengenge sebelumnya dan dah lama kami berkenalan melalui Jemaah Tabliqh.
Jom pak long ikut saya pi Umm Al-Qura.
Boleh masok ke ?
Memang tak boleh tanpa kad mahasiswa.Tapi ikut saya,insyaallah boleh.
Kalau gitu,ok lah.
Pak long pakai jubah putih,bawa serban sama....janggut dah ada,OK.
Kami terus menaiki bas menuju terus ke Azizziyah.Jangan bercakap kecuali arab ketika di universiti.Maknanya tok sah bercakap.Mana aku tau berbahasa arab.Sampai di check-point masok,Subky memberi salam dan pamerkan kad mastautinnya,dan kami dibenarkan masok.Ikut Subky , penjaganya anggap aku keturunan arab,ada sikit hitamnya macam Yamen dan janggut memberi keistemewaan pada mereka.......Subky putih macam orang cina.
Ceritanya panjang.........selepas melawat Subky membawa aku pergi cafeteria .........masyaallah besarnya,cantiknya dan hebatnya lampu2 macam di Masjidil Haram.Cantik berkilau dari lantainya ke silingnya.Tanpa diperiksa kami diberi dua dulang nasi,seorang satu.Berlauk sebelah ekor ayam seorang.Nasib baik mulut aku tak celupar.Tak minta dikurangkan nasi,kerana perut M'sia tak sama dengan perut arab.Dewan penuh dengan mahasiswa.Kami makan tanpa bergurau...............ceritanya panjang.Habis makan aku keluar dari kawasan universiti....dan barulah kami bercakap.Subky menghatar ku menaik bas balik ke Makkah dan dia balik ke asramanya.
SYUKRAN SUBKY
Salam melebar senyum............srengenge dan kita semua baru saja masok University of Ramadhan.
SYOK BERSANTAI BEGINI
Gambar ambil dari blog CL
Syok beriktikaf dalam MH sebegini.....habis2 tidaknya boleh zzzzzzzzzzzz dan tak sapa nak mengganggu......paling syoknya tidoq dekat dengan orang membaca Al-quran,lazat macam ibu mengulek kita dalam buaian masa kecik2 dulu.
Salam melebar senyum............srengenge menanti peluang ke sana.
Sunday, September 19, 2010
BERGELAP AND NOT A DROP OF WATER
Semalam seluruh Sik bergelap selepas satu 'tempikan' kilat yang kuat jam 7.00 malam.
Hampir tengah malam tiada pula setitik air mengalir melalui paip.
Alhamdulillah , sepanjang bulan Ramadhan dan awal Syawal tiada gangguan itu semua.
Salam melebar senyum...............srengenge menghitong rahmat dan nikmat Illahi
Saturday, September 18, 2010
SELAMAT RAYA 6
Kekawan ustaz2 muda dari Surau Al-Rahmaniah........ahlan wasahlan
Friday, September 17, 2010
TETAMU JAUH d HARI RAYA
Sanak-saudara yang jauh datang juga berhari raya d srengenge.
Terima kasih tidak terhingga.....alhamdulillah.
Dua gadis ini anak saudara yang paling jauh datang..........di kiri ialah ummai Eda dari Kompong Champ di Kompuchea dan yang kanan ialah Piroh Wawa dari Cheng Rai,Thailand Utara.....syukran,painai mairepang........cip cup lok hai
CL PULANG RAYA
Thursday, September 16, 2010
MENTERI BESAR YANG TAK MENGEBAT (BERLAGAK)
ALOR SETAR, 16 Sept: Pencapaian 80 peratus pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Kedah dalam tempoh kurang dari tiga tahun adalah merangkumi keseluruhan aspek yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang memperkecilkan keupayaan PR Kedah merealisasikan manifestonya dalam aspek ekonomi. "Bila kita bercakap tentang konsep 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua', kita sudah buat, tidak boleh lihat dari segi sudut ekonomi sahaja, tetapi bila kita bercakap untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat, rakyat melihat kita adil untuk semua. "Jika kita mahu melihat hasil ekonomi, tempoh yang lebih lama diperlukan kerana ianya tidak boleh diperoleh dengan segera," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Seri Mentalon, semalam. Menurut Azizan, keupayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. "Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh BN dulu," katanya. Dalam pada itu, puluhan ribu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah mengunjungi majlis rumah terbuka MB Kedah yang diadakan sempena hari raya Aidilfitri tahun ini. Salam melebar senyum................srengenge : 'mai oh cek mai,mai kenegeri kedah'
|
7 SYAWAL 1431
Jumaat besok ialah raya puasa enam...........hari ini last day puasa enam.Makkah lengang,banyak dah pulang ke negeri masing2......harga barang pun dah turun,dan perniagaan tak rancak lagi.....waktu inilah mudah bertawaf..........Bahagian basement dan atas sutoh Masjidil-Haram pun ditutup waktu ini............pengalaman ini aku dapat semasa tahun sudah.Sesapa yang tiada ada visa haji perlu berjaga2............polis akan cekop pada bila2 masa.
Gambar diatas aku dapat dari Arab News bertarikh 6 Syawal.
Salam melebar senyum..............srengenge tak mudah lupa
Wednesday, September 15, 2010
TOK GURU YANG KITA SAYANGI
1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia m...enyambut Hari Raya Idulfitiri.
2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.
3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.
4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.
5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.
6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.
Salam takziah dari saya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
6 Syawwal 1431H / 15 September 2010
Tuesday, September 14, 2010
KAD RAYA & THE PEN
SEJAHTERA , AMAN DAN MAKMOR
Itulah slogan BN pada Pilihanraya Umum 2008.
Susah nak ceritakan.
Tapi lihatlah ; manusia tak sayang lagi sesama manusia.
Manusia tak takut lagi pada mati: dah ganas , dah tak gemar lagi pada kesejahteraan dan kedamaian dan keamanan , dah tak paham hakikat hidup.Hidup macam dalam masyarakat filem Bollywood.Gema berbollywood dah jadi reality.
Duka meniti dalam sanubari.
Salam melebar senyum..............srengenge sejahtera dengan hutan belantara.
Monday, September 13, 2010
KADOK BERBIJIRIN RAJA SAKTI
Orang2 tua dulu hulurkan tapak sireh pada tetamu yang datang.
Tapi orang sekarang tak lagi berminat dengan sireh.
Jadi tapak sireh dah hampir 'pupus'...dan tak gemar menguyahnya lagi.
Mereka lebih gemar chewing gum.
Kunyah terbaru orang Melayu dan Jawa ialah kadok berkacang.
Ada juga memanggilnya cicah kadok.
Nama yang cukup glamour ialah 'kadok berbijirin Raja Sakti'.
Inilah bahan2 mentahnya .
Sireh digantikan daun kadok.
Lain2 bahan ialah halia,bawang,limau nipis,kacang tanah,isi nyior goreng,udang kering,cili padi ( lebih enak digantikan lada hitam),bunga cengkeh dan buah pala ( dua bahan terakhir tiada dalam gambar). Juga secebis gula melaka.
Daun kadok dibuka dan diisikan bahan2 tersebut.........balutkan seperti sireh membalut pinang.........kunyah sampai lumat ,telan ayiaknya.Selepas itu telan seluruhnya.
Khasiatnya : menyegarkan urat saraf dan membuangkan bau pernafasan.
Salam melebar senyum...........srengenge sokmo senyum manis.
CARA MUDAH BUAT LEMANG
Semua orang pakar bahagian makan.
Bisa saja menilai sedap atau tidak.
Ada saja yang nak mengkritik.
Itu dan ini.
Tapi diri sendiri tak pakar menyediakan makan.
Di sini aku nak coach buat lemang dengan mudah.
Ini step pertama,bersihkan daun pisang.....selalunya terdapat telor rama-rama......semestinya basuh dahulu.