ALOR SETAR, 16 Sept: Pencapaian 80 peratus pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Kedah dalam tempoh kurang dari tiga tahun adalah merangkumi keseluruhan aspek yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang memperkecilkan keupayaan PR Kedah merealisasikan manifestonya dalam aspek ekonomi. "Bila kita bercakap tentang konsep 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua', kita sudah buat, tidak boleh lihat dari segi sudut ekonomi sahaja, tetapi bila kita bercakap untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat, rakyat melihat kita adil untuk semua. "Jika kita mahu melihat hasil ekonomi, tempoh yang lebih lama diperlukan kerana ianya tidak boleh diperoleh dengan segera," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Seri Mentalon, semalam. Menurut Azizan, keupayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. "Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh BN dulu," katanya. Dalam pada itu, puluhan ribu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah mengunjungi majlis rumah terbuka MB Kedah yang diadakan sempena hari raya Aidilfitri tahun ini. Salam melebar senyum................srengenge : 'mai oh cek mai,mai kenegeri kedah'
|
BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Thursday, September 16, 2010
MENTERI BESAR YANG TAK MENGEBAT (BERLAGAK)
Hasil 205% Kedah tidak pernah dicapai BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Aidil Fitri Ayahanda
Alhamdulillah
Syukur
bila ayahanda dan mak wan nak mai KL
boleh singgah rumah saya
Wassalam
Post a Comment