Tuesday, September 28, 2010

GALAS

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Dalam bahasa kedah , galas bermakna pikul.
Jadi sapa pula nak galas GALAS bila PRK diadakan nanti.
Nanti akan lagi hantu,undi pos dan kalau tak cukup musang banyak di hutan Gua Musang.

Aku harap PERKASA masuk bertanding,bukankah berpuluh ribu Melayu sokong depa ?
Bersemangat betoi Brehim dengan keris ditangannya.
Tun M semangatnya 50-50.Angkat tangan tak berapa nak jadi.
Dia perintah 22 tahun,tak dan nak tolong Melayu.
Payah tolong Melayu.......ada Melayu mai kot Pattani,ada mai kot Jawa,ada mai kot Minangkabau,ada mai kot Aceh,ada mai kot India,ada mai kot bangla,ada Banjar,ada dkk.,ada mai kot Kampuchea,ada keturunan Bugis,ada keturunan turkey,ada mai dari segenap 8 penjuru mata-angin.

Ku Li pula akan ada dalam dilema.....royalti minyak dia sanggup bersama kerajaan Kelantan.
Nak tolong Umno ke tolong Pas.......Umno dah sideline dia.....
Kalau dia ingat apa yang Umno buat kat dia,mampuih dia tak tolong.
Tapi dia ni orang baik dan mulia.....sejak tahun 1974 dia kuasai Gua Musang.
Semasa ada Semangat 46,Umno gerun kat dia.
Selepas dia bubar S46,Umno dah tak pandangnya lagi.
Mudah politik membunuh kawan.


Salam melebar senyum............srengenge dah bertaubat,tak larat nak 'galas ' dosa.

No comments: