Semua orang pakar bahagian makan.
Bisa saja menilai sedap atau tidak.
Ada saja yang nak mengkritik.
Itu dan ini.
Tapi diri sendiri tak pakar menyediakan makan.
Di sini aku nak coach buat lemang dengan mudah.
Ini step pertama,bersihkan daun pisang.....selalunya terdapat telor rama-rama......semestinya basuh dahulu.
Kemudian balutkan daun pisang menggunakan pelepahnya supaya lebih mudah dimasukkan dalam buluh.
Teruskan masukkan dalam buluh..........jangan biarkan 'terlalai' buluh itu takut ada benda hidup masuk ke dalamnya.........teruskan isi dengan beras pulut....jangan hentak2 buluh itu,nanti isinya padat dan lemang tak akan menjadi...............masukkan santan kelapa,pastikan garamnya sesedap rasa........boleh masukkan aroma daun pandan kalau mau.
Terus kukuskan buluh2 tadi dalam tin atau apa saja peralatan yang ada.Boleh juga gunakan alat apollo.........selepas dua jam sudah masak.........boleh panaskan sejam dengan bara2 api bila diangkat keluar dari kukusan.Ini cuma nak berikan santan2 tu cukup kering.
OK boleh dikeluarkan dari buluh dengan menghentaknya keluar........buluh itu boleh digunakan semula....tak payah membelahnya.
Lastly........boleh nyammmm........phhuuurrr,sedapnya kerana masih panas2.......dengan kopi O lebih uummmphhhnya.
Salam melebar senyum................srengenge menunggu raya 6.
No comments:
Post a Comment