Monday, September 13, 2010

KADOK BERBIJIRIN RAJA SAKTI

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Orang2 tua dulu hulurkan tapak sireh pada tetamu yang datang.
Tapi orang sekarang tak lagi berminat dengan sireh.
Jadi tapak sireh dah hampir 'pupus'...dan tak gemar menguyahnya lagi.
Mereka lebih gemar chewing gum.


Kunyah terbaru orang Melayu dan Jawa ialah kadok berkacang.
Ada juga memanggilnya cicah kadok.
Nama yang cukup glamour ialah 'kadok berbijirin Raja Sakti'.

Inilah bahan2 mentahnya .
Sireh digantikan daun kadok.
Lain2 bahan ialah halia,bawang,limau nipis,kacang tanah,isi nyior goreng,udang kering,cili padi ( lebih enak digantikan lada hitam),bunga cengkeh dan buah pala ( dua bahan terakhir tiada dalam gambar). Juga secebis gula melaka.


Daun kadok dibuka dan diisikan bahan2 tersebut.........balutkan seperti sireh membalut pinang.........kunyah sampai lumat ,telan ayiaknya.Selepas itu telan seluruhnya.


Khasiatnya : menyegarkan urat saraf dan membuangkan bau pernafasan.


Salam melebar senyum...........srengenge sokmo senyum manis.

2 comments:

atuk said...

Salam Aidil Fitri Ayahanda dan Mak Wan

saya tak pernah dengar sebelum ni

patut le ayahanda dan Mak Wan senyum melebar ajerr

atuk said...

Salam

kalau datang ke KL
boleh bawakan untuk saya
he he

Wassalam