Tuesday, May 24, 2011

HIMPUNAN 10 RIBU PEMUDA PAS KELANTAN




YAB Tuan Guru Menteri Besar memulakan ucapan dengan ucapan tahniah kepada seluruh jentera pemuda atas kesungguhan dan kesetiaan bersama perjuangan Membangun Bersama Islam. Beliau mengutuk keenganan pemimpin UMNO yang menyekat pembayaran hak royalty minyak Kelantan.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya hak royalty minyak kepada rakyat Kelantan sebagai pemimpin zalim dan jahat.
“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.






“Pemimpin UMNO – Siapkan kaki anda yang keras untuk dibakar api Neraka kerana tidak mahu membayar Royalti Minyak kelantan” demikian ucapan YAB Tuan Guru Bentara Setia Nik Abdul Aziz sempena Munajat Anak Muda Kelantan di Padang perdana, dihadapan lebih 10,000 jentera pemuda PAS negeri Kelantan.






Himpunan 10 ribu jentera Pemuda PAS Kelantan dengan pengisian munajat dan khatam 100 kali al-Quran telah dilangsungkan bermula jam 3.00 petang sehingga 11.30 malam. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dan dikir barat Halaqat, amanat daripada pimpinan PAS dan slot khas bersama saudara Bob Lokman sehingga maghrib.
Slot munajat anak-anak muda Kelantan dimulakan selepas maghrib dengan solat hajat dan khatam 100 kali al-Quran. Lebih 10,000 anak muda daripada semua lapisan peringkat menunaikan solat secara berjemaah dan mengkhatamkan al-Quran 100 kali.




Ceramah perdana daripada wakil exco kerajaan negeri Kelantan dan PAS negeri Kelantan yang kemudiannya diikuti oleh YB Dato’ Haji Husam Musa dan disudahi dengan amanat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saudara bob Lokman juga sekali lagi diberikan peluang untuk membangkitkan semnagat anak-anak muda Kelantan.

No comments: