Friday, May 6, 2011

TAZKIRAH JUMAAT

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Dalam satu majlis bersama para sahabat Nabi saw bersabda :
Suka bagiku daripada dunia kamu tiga perkara........bauan yang harum,perempuan dan tetap mataku (kyusuk) dalam sembahyang.

Saiyidina Abu Bakar r.a pula menjawab:
Suka bagi ku daripada dunia itu tiga perkara ..........melihat aku pada muka yang mulia Rasulullah saw,mengeluarkan nafkah harta ku atas Rasullulah saw,dan anak perempuan ku sebagai isteri Rasullulah.

Saiyidina Umar r.a pula menjawab:
Suka bagi ku pada dunia itu tiga perkara .......menyuruh pada maarof dan menegah pada mungkar,dan kain yang sudah hendak binasa ( pakaian lama).

Saiyidina Othman r.a pula menjawab :
Suka bagi ku pada dunia juga tiga perkara.......memberi kain(pakaian) kepada orang yang tiada berkain,memberi makan pada orang lapar,dan membaca Al-quran.

Saiyidina Ali r.a pula menjawab:
Suka bagiku pada dunia juga tiga perkara.......berkhidmat pada orang dari luarnegeri,berpuasa pada waktu panas,dan memotong yang kafir dengan pedang.

Saiyidina Jibrail datang kemajlis Nabi saw dan memberitau sekiranya dia ahli dunia:
Tiga pekara yang paling aku suka..........menunjuk dan mengajar orang jahil sesat, menjinak2 orang yang tiada sanak-saudara yang datang dari negeri yang jauh halnya untuk beribadat pada Allah,memberi pertolongan pada orang yang banyak cucu-cicik pada hal mereka fakir dan tiada ada harta.

Wallahuaklam

No comments: