Kalau seseorang itu baru sahaja berhenti jadi pemimpin sudah tidak dihormati orang, itulah dia dahulu tidak layak menjadi pemimpin dijadikan juga pemimpin. Pemimpin yang layak itu selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dihormati orang. Jika seseorang itu selepas bersara tidak jadi tempat rujuk lagi, itu juga bukan pemimpin yang sebenarnya.
Pemimpin yang sebenar selagi hidup sekalipun sudah bersara tetap dijadikan tempat rujuk orang. Sekiranya seseorang pemimpin selepas bersara, masih hidup lagi sudah dilupakan orang lebih-lebih lagi dengan bukan pemimpin yang sejati. Pemimpin sejati itu sekalipun sudah bersara selagi hidup dia tetap dikenang orang, diingat dan disanjung tinggi. Seorang pemimpin itu sekalipun sudah berhenti dia tetap dirindu dan disayangi.
Kalau ada dengan tidak ada sama sahaja orang tidak terasa apa-apa,dia bukan pemimpin yang hakiki .Pemimpin yang hakiki itu selagi hidup walaupun sudah bersara dia tetap diziarahi orang. Orang tetap sayang, orang suka berkhidmat untuknya sekalipun sudah tidak ada jawatan itulah dia pemimpin. Lebih-lebih lagi seseorang itu tidak layak jadi pemimpin waktu ada jawatan dihormati setelah bersara orang tidak peduli. Bahkan ada setengah orang di masa memimpin dia disanjung tinggi kerana ditakuti setelah bersara dicaci-maki.
Kebanyakan pemimpin di akhir zaman sebenarnya bukan pemimpin sejatiBuktinya setelah menjadi pemimpin orang tidak ambil peduli. Bahkan dia pun tidak begitu minat hendak bergaul secara umum, kerana dia sedar orang sudah tidak peduli bahkan tidak dihormati. Dia terpinggir dengan sendiri, membawa diri, kerana malu rakyat sudah tidak peduli.
Adakalanya bersembahyang di masjid yang sama di waktu menjadi pemimpin berebut-rebut orang hendak bersalaman, setelah berhenti orang tidak peduli. Begitulah pemimpin umat Islam hari ini. Kerana itulah sudah berpuluh-puluh tahun merdeka, bangsa tidak ada kekuatan, perpaduan tidak wujud kerana pemimpin tidak ada wibawa. Seluruh negara umat Islam begitulah masih bermasalah. Kerana tidak seorang pemimpin yang benar-benar bertaqwa dan berwibawa hingga dapat memberi kekuatan kepada bangsanya.
Apabila tidak ada perpaduan tidak ada kemajuan tidak ada kekuatan, disalahkan rakyat tidak ada kesedaran .Rakyat dengan pemimpin seperti anak-anak di dalam satu keluarga dengan ayahnya. Kalau anak-anak hidup lintang-pukang, tidak ada kasih sayang, krisis berpanjangan menunjukkan si bapa tidak layak menjadi bapa.
Bapa tidak mampu mempersatukan anak-anaknya, tidak pandai mendisiplinkan anak-anaknya tidak pandai mendidik anak-anaknya.Bilakah umat Islam mendapat seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada semua negara umat Islam? Yang dengan pemimpin umat Islam bersatu, berdisiplin, berakhlak, taatkan Allah, membangun dan maju.Kurang sangat jenayah, kerana orang sudah takutkan Allah.
No comments:
Post a Comment