Monday, September 20, 2010

MASUK UMM AL-QURA UNIVERSITY

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Kelulusan ku tak menjamin aku dapat masok ke Universiti Umm Al-Qura di Makkah.Tapi atas kuasaNya Allah,aku dapat masok ( masok saja ) tanggal Jun,1989...........aku bertemu anaknda Subky di Masjidil-Haram.Subky pernah ke srengenge sebelumnya dan dah lama kami berkenalan melalui Jemaah Tabliqh.

Jom pak long ikut saya pi Umm Al-Qura.
Boleh masok ke ?
Memang tak boleh tanpa kad mahasiswa.Tapi ikut saya,insyaallah boleh.
Kalau gitu,ok lah.
Pak long pakai jubah putih,bawa serban sama....janggut dah ada,OK.

Kami terus menaiki bas menuju terus ke Azizziyah.Jangan bercakap kecuali arab ketika di universiti.Maknanya tok sah bercakap.Mana aku tau berbahasa arab.Sampai di check-point masok,Subky memberi salam dan pamerkan kad mastautinnya,dan kami dibenarkan masok.Ikut Subky , penjaganya anggap aku keturunan arab,ada sikit hitamnya macam Yamen dan janggut memberi keistemewaan pada mereka.......Subky putih macam orang cina.

Ceritanya panjang.........selepas melawat Subky membawa aku pergi cafeteria .........masyaallah besarnya,cantiknya dan hebatnya lampu2 macam di Masjidil Haram.Cantik berkilau dari lantainya ke silingnya.Tanpa diperiksa kami diberi dua dulang nasi,seorang satu.Berlauk sebelah ekor ayam seorang.Nasib baik mulut aku tak celupar.Tak minta dikurangkan nasi,kerana perut M'sia tak sama dengan perut arab.Dewan penuh dengan mahasiswa.Kami makan tanpa bergurau...............ceritanya panjang.Habis makan aku keluar dari kawasan universiti....dan barulah kami bercakap.Subky menghatar ku menaik bas balik ke Makkah dan dia balik ke asramanya.


SYUKRAN SUBKY


Salam melebar senyum............srengenge dan kita semua baru saja masok University of Ramadhan.

1 comment:

Atikah said...

salam Aidilfitri buat ayahnda dan bonda...

Baru lepas universiti ramadhan... universiti kehidupan masih berterusan... :)