Sunday, March 6, 2011

MUKRIZ KE DUN BELANTIK ?

Penduduk Sik kenal sapa mereka..........aku tak kenal depa..........lebih baik kenali Allah dan RasulNya
Gambar hiasan semata

Ahad, 6 Mac 2011

Mukhriz akan turun pangkat: DUN Belantik menjadi pilihan?

Sedikit info yang kurang enak didengar. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah yang juga Timbalan Menteri di peringkat pusat bakal diturunkan ke DUN dalam PRU13 nanti.

Apakah ini perancangan DS Najib atau sekadar perancangan Ketua-Ketua Bahagian yang rakus sukar untuk dikenalpasti. Mengikut maklumat, terdapat ketua bahagian yang ingin diangkat sebagai calon parlimen dan usaha ini kelihatannya berterusan walaupun dari kelayakan, amat tidak sesuai untuk berada di parlimen. Kedatangan Mukhriz ke Sik pada pertengahan Februari khabarnya ingin menyemarakkan gelombang merah dan bagi memenangi hati pengundi disana. Cerita belakangnya pula ialah Saudara Tajudin Abdullah, Adun Belantik yang juga Ketua UMNO Bhg Sik sekadar ingin mempopularkan Mukhriz di Dun Belantik. strategi sebegini tidak sukar dibaca namun jelas kelihatan tujuannya ialah Saudara Tajuddin sendiri sedang mempromosikan dirinya sebagai calon parlimen Sik.

Mukhriz sepatutnya terus berada di parlimen dan diangkat sebagai menteri penuh selepas PRU13. Sepak terajang orang Sik adalah sukar dibaca apatah lagi Dun Belantik kini kelabu dan Mukhriz boleh dibuang bila-bila masa kerana titlenya orang luar. Saudara Tajuddin Abdullah juga perlu memikirkan kemampuan dirinya jika masih inginkan kerusi parlimen. Bertanding semula di Dun Belantik ada pilihan terbaik untuk saudara Tajuddin Abdullah.

Di petik dari the KedahTimes
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/03/mukhriz-akan-turun-pangkat-dun-belantik.html#ixzz1FnY5ioXY

No comments: