Thursday, May 5, 2011

AZIZAN DAHULUKAN RAKYATNYA

ALOR SETAR - Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar).

“Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi peneroka felda. Geran sendiri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang.

Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian.

2 comments:

Chik Att said...

itu pun kenkadang orang tak pecaya lagi ...

Aki44 said...

Ini barulah memberi faedah kpd rakyat hingga ke anak cucu. Najib bagi unta liar dari Australia (dibeli dgn duit rakyat, rakyat difahamkan duit dia) pd hari raya korban. Lepas makan jadi SHIT.