Sunday, May 29, 2011



KETUMBIT EKORAN BERSKODENG ?




Orang dulu2 kata bila suka skodeng atau berpaparrazi tumbuhlah ketumbit di mata.........itu cuma pengcegahan supaya tak membuat maksiat..........hari ni lebih mempromosi maksiat dengan video lucah yang dilesenkan kerajaan..........hingga anak dalam buaian pun tau cerita haramjadah tu........mata 1Malaysia ketumbit,tapi tidak datuk T

Secara umumnya, ketumbit ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis. Setiap jenis berbeza dari ciri-ciri benjolan, faktor penyebab, dan juga cara rawatan. Jenis pertama dipanggil Stye dan jenis kedua dipanggil Chalazion

Stye

Stye adalah ketumbuhan yang berbentuk seperti jerawat yang tumbuh biasanye pada hujung kelopak mata atas ataupun kelopak bawah. Stye atau nama lain nya hordoleum boleh tumbuh di bahagian luar atau dalam kelopak mata. Bagi pengidap stye, anda tidak perlu khuatir kerana stye biasanya tidak akan menjejaskan penglihatan dan juga struktur mata yang memainkan peranan dalam penglihatan.


Punca : Stye terjadi akibat jangkitan dari bakteria staphylococcal yang kebiasaanya berada di hidung manusia. Dengan mudah sahaja bakteria ini dapat berpindah ke mata dan menyebabkan ketumbuhan pada kelopak mata jika kita kerap menggosok mata selepas menyentuh hidung terutama pada bahagian hidung yang bermukus (hingus)

Rawatan : Pengidap stye akan diberi arahan untuk melakukan 'warm compression' di mana bahagian mata yang terkena jangkitan akan dituam dengan kain yang dicelup bersama air panas. Rawatan ini perlu diaplikasikan 2 hingga 4 kali sehari sehingga ketumbuhan surut. Biasanya dalam 2 ke 3 hari, bengkakan stye akan surut. Walaupun begitu, ‘punat’ atau ‘mata’ stye akan kekal di kelopak mata untuk beberapa hari lagi.






1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

suka ayat '1 Malaysia ketumbit'

Wassalam