Tuesday, May 31, 2011

TAK MOH


UMNO TAWAR PAS 3 JAWATAN MENTERI KALAU MAU KAWIN.....TAK MOH



Semakin hampir pilihanraya macam-macam perang saraf yang cuba dilakukan oleh Umno. Terbaru pendedahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno berjumpa dengan beliau beberapa kali untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nampak sangat Umno sudah cukup terdesak dan gila talak. Sebelum ini Umno cubaan menyunting DAP tidak dilayan. Bukan sekadar bertepuk sebelah tangan tetapi umpama pungguk rindukan bulan.

Sudah acap kali Umno cuba memujuk rayu agar Pas menerima tawaran pinangan mereka. Seolah-olah Umno lupa bahawa Pas telah dikhianati sejak 1978. Malah sehingga kini Umno tidak henti-henti menabur fitnah dan menyerang Pas.

Tawaran tiga jawatan menteri kepada Pas seperti yang didedahkan oleh YAB Tuan Guru seolah-olah ingin menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kononnya demi perpaduan Melayu.

Persoalanya apakah tiga jawatan menteri yang ingin ditawarkan kepada Pas? Adakah Umno akan ambil kuota dari MCA, MIC dan Gerakan? Adakah Umno berani menarik semula jawatan menteri ahli parlimen parti komponen Sabah dan Sarawak? Mungkinkah juga ada menteri Umno yang akan korbankan jawatan mereka? Siapa menteri yang sanggup berkorban itu? Jawapannya tak ada! Pilihan yang yang ada Umno wujudkan jawatan menteri baru yang tak perlu dan tak penting antara jawatan yang sesuai ialah Menteri Nikah Kahwin, Menteri audio video ( hitamputih) dan menteri ukur jalan.

from angkasanuri blog

1 comment:

YB said...

salam ayahanda,

3 ajer. Kalau 30 boleh kot.