Monday, January 16, 2012

BILA LAMPU PADAM........DALAM GELAP ADA CERITANYA

                                                          Ku Li dan Tengku Abd.Rahman Putra


Selepas insiden lampu padam hari jumaat ketika Ku Li melawan Mahathir membawa makna yang tersendiri dalam sejarah Malaysia...........Ku Li kalah 43 undi dalam  gelap kemudian cerah.........kemudian Umno diharamkan........kemudian ujud Semangat 46.........kemudian terumbang-ambinglah negara.......tersingkir beberapa orang cerdik-pandai Melayu dalam pentadbiran negara............lepas seorang,seorang.........Ku Li , Musa Hitam,Ghaffar Baba,Ghazali Shafie,Anwar Ibrahim adalah antara beberapa nama.

Ahmad Shabery Cheek adalah bekas Ketua Penerangan Semangat 46. Antara tokoh-tokoh besar UMNO yang sanggup berjuang dan tenggelam bersama Ku Li adalah Hajjah Marina Yusuf , Hajjah Ilyani Ishak, Datuk Harun Idris (Bekas Legenda Ketua Pemuda UMNO), Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO yang tewas ditangan Anwar Ibrahim didalam perebutan jawatan tersebut), Tan Sri Othman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tun Saleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara), Datuk Radzi Sheikh Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO yang lepas), Arwah Pak Yim (setiausaha sulit Ku Li), Datuk Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah), Tengku Azlan (bekas Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah) dan Datuk Paduka Ibrahim Ali (ahli parlimen Pasir Mas)

lampu padam hari jumaat tu lah isyarat umno akan melalui kegelapan sehingga selesai teori RAHMAN .........teori RAHMAN dah selesai di penghujungnya .......bermula dari Rahman,Abd.Razak, Hussein,Mahathir,Abdullah dan Najib.......insyaallah, selepas ini pemimpin2 baru hendaklah menoleh kebelakang dulu,sebelum melangkah ke depan......jadikan Malaysia fully independent......binakan didikan baru,falsafah baru,citarasa baru,buangkan tabiat buruk golongan dulu,dan lain2nya ,tak cukup nak sebutkan di sini........insyaallah kita masok ke trek baru tanpa teori 
Tragedi Pengharaman Umno tahun 1988 sepertimana yang kita tau membuat Dato' Seri Utama Rais Yatim sanggup 'membakar jambatan politiknya' , ............biarlah peristiwa pahit berlalu dan memberi tauladan pada kita semua.....

2 comments:

Anonymous said...

Yang menariknya salah seorang daripada kumpulan 11 yang mengeheret UMNO ke mahkamah hingga diharamkan adalah bekas pelajar sekolah menengah sik, sdr abd rahim rahman, bekas setiausaha sulit datuk suhaimi kamaruddin dan tengku azlan.

Chik Att said...

sama-sama kita berdoa