Friday, January 13, 2012

PAK TEH DALAM KENANGAN




Pak Teh Mad Isa Mahang kembali Kerahmatullah -Al Fatihah

AL FATIHAH 
PAK TEH MAHANG 
WAKIL TARIKAT SYATTARIAH 
SELAMAT DIKEBUMIKAN JAM 11 .00 Pagi 
12.1.2012






Sehari sebelumnya beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Petani kerana darah tinggi.

Dalam usia 88 tahun itu, arwah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh Mat Isa tetap istiqamah menghadiri setiap program penting PAS atau Pakatan Rakyat di seluruh negara sebagai menyatakan sokongannya.

Program besar terakhir dihadirinya adalah Himpunan Bebaskan Anwar 901 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya malam itu, beliau sempat singgah mengikuti ceramah di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Anwar bebas, tugas saya sudah selesai, saya mahu pulang,” demikian kata-kata terakhir allahyarham selepas diumumkan keputusan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Arwah juga pernah ditahan polis pada Himpunan Aman Bersih 2.0 tahun lalu.



1 comment:

Nasiroh Hj Hussin said...

Innalillahhiraajiun.... Pak Teh Mat Isa tu Sepupu ayah mentua saya. Depa semua orang Mahang. Pak Teh tu terkenal suka sangat kat budak-budak. Pergi manapun dia mesti bawa mainan untuk budak-budak.