Wednesday, April 23, 2008

BILA DAH TUA..........

Sedar2 umur dah masok angka 66....macam tak percaya masa begitu cepat bergerak , dan kita bila dah tua tak larat lagi nak merangkak.Semua serba lambat, nak pikiaq pun lambat,bahkan semuanya jadi serba lambat. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT. Kata2 orang tua2 dulu tu berlapek dan beralas. Maksudnya biar umur panjang tapi penuhkan dengan amal kebaikan supaya selamat bila dah gol nanti . Sekarang kita gunakan kata2 tu utk kempen di jalanraya . Tak palah , kita ubah suaikan. Tapi adakah benar kita selamat kalau berlambat dijalanraya ? Kalau lambat melintas ,gol kita dibuatnya. Kalau lambat di lebuhraya , buntut kita dihantam orang dari belakang.....tak pa lah,kita sama2 pikiaq yang mana baik ,yang mana buruk.
Kebelakangan ini seorang demi seorang kawan telah kembali ke rahmatullah . Ada yang lebih muda dari aku . Hari ini Rustam A.Sani anak Ahmad Boestaman meninggal pula . Dia lebih muda dari aku...3 tahun lebih muda. Aku suka membaca tulisan2nya dulu . Tapi akhir2 ni aku banyak membaca di blog . Aku boleh nikmati berbagai ragam tulisan , tak lah streotaip membaca di masa dulu.The Scribe Kadirjasin , Kotastar , Seri-kepayang , ahmadatalib ,rockybru,cina-islam adalah antara beberapa blog yang aku tak pernah miss membaca setiap hari.Yang aku suka akan ku baca berkali2. Macam orang dulu minat filem hindustan , berulangkali masok panggong . Gila punya kerja.
Bercakap pasai gila , semua orang gila........sesama kita kaki blog ni pun gila juga. Tapi kita tafsir gila tu bukan dari sudut hospital bahagia di Tanjung Rambutan. Perspektif kita lain dari yang lain. Politik hari ni pun dah gila . Lepas PRU 12 bermacam2 jenis gila terjelma. Duduk tak rapat , pungkur jadi panas , macam duduk atas bara api. Selagi dunia tak kiamat , macam2 lagi boleh kita tengok. Tapi jaga2 BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.
QULULL-NAFSIN-ZA-IKATULMAUT.

6 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Saya ke sini setelah melawat CINA ISLAM. Baca punya baca kepala blog ni, tertarik dengan bahasa. Bahasa Jawa ka tu?
Posting yg ni pun bagus. Saya 60+ kira macam nak sebayalah kita. Ramai kawan-kawan yang dah balik ke alamat tetap di sisi ALLAH.
Mau tak mau kita muhasabahlah diri. Yg mana patut ubah kita ubah. Yg mana patut buang kita buang. Apa wawasan kita untuk kehidupan di akhirat?
Salam!
Abdul Wahab Arbain.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Waalaikomsalam ,

Kita akan mati sekejap , kemudian akan terus hidup selama2nya.

T/kasih kerana menjengok ke teratak saya . Kalau ceritanya baik,buatlah pedoman.Kalau tidak sudi kiranya menasihati saya .

Selamat berinteraksi.

KotaStar said...

Helo Pak Cha,
Nampaknya ada kawan baru. baguslah tu. Tanyanya apa bahasa yang diguna tu? Awat hang ta habak Tulah Bahasa Banggol Derdap yg pernah dipelopori oleh Sasterawan Negara.
Baru ini ke Baling dan mula ikut jalan Batu 7 nampaknya lebuhraya Gurun-Sik hampir siap.Lain kali bolehlah terus ke rumah saudara.
Pokok rambutan mula berbuah, teringin pula buah di sana tu.
Syukurlah kepada Illahi saudara diberi kesihatan dan kesejahteraan. Kita sama-sama berdoa untuk menikmati hidup ini dan selanjutnya.Happy Birthday bukan lagi seruan untuk kita kerana saya rasa kita sentiasa 'happy' dengan segala yang telah dicurahkan kepada kita oleh Yang Maha Esa.
Salam

Azizi Ahmad Termizi: said...

Assalamualaikum Pak Cha

Dah sweet 66 ya? Semoga diapanjangkan umur dalam keberkatan, amiin.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non ,Sdr. Azizi dan Pengasas (Dr.Abd.Wahab Arbain....UMR ),

Terima kasih kekawan semua . Moktan dan durian baru berbunga , insyaallah kalau ada rezeki saya akan jemput....hujan ni durian biasanya kurang menjadi.....tapi rezeki Allah boleh menjelma begitu saja ....kun fa yakun .

Akhir2 ni jadi malas menulis kerana streamyx beri banyak masaalah....projek jalan baru Sik-Gurun , ada2 saja hal nak korek .Selepas pilihanraya 2 minggu offline ....kemudian selang sahari ada2 saja halnya......bila telefon 1 300 88 9515...jawabnya Sik ada problem.

Sdr.Azizi bila balik ke Malaysia ?
Doakan Utk PakNon,Mak Wan , Azizi dan Mem Besar ,dan Sdr.Dr.A. wahab semoga cinta Allah ada dalam diri.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum semua!
Maaf datang tengahmalam.
Doalah sama-sama supaya malaikat maut tak dak rancangan nak jumpa kita la ni.
Salam.