Friday, April 11, 2008

PEMIMPIN HARUS BERJIWA KHADAM


PEMIMPIN HARUS BERJIWA KHADAM

Ramai orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin, malah berebut pula. Tumbuhnya keinginan itu kerana melihat kepada habuan yang bakal diperolehi. Ini dapat dilihat kepada mereka yang telah dan sedang bergelar pemimpin. Bukan sahaja hidup mereka sendiri kaya-raya, malah kadang-kadang keluarga, suku sakat dan kroni mereka turut memperolehi habuan.Bukan sahaja harta kekayaan, banyak lagi keistimewaan lain yang diperolehi dengan mudah. Ini termasuklah populariti, sanjungan privacy dan masa bersantai. Ke mana pergi disambut dan diistimewakan. Seolah-olah bergelar pemimpin itu satu tiket untuk memenuhi keinginan dirinya...Sekiranya kepemimpinan itu diperhitungkan pada aspek lain, umpamanya tanggungjawab, amanah, tugas, beban, dan khidmat nescaya ramai pula yang kecut perut dan menghindarkan diri dari kepimpinan. Andainya rakyat ramai, kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan yang mesti dipenuhi oleh pemimpin, nescaya tiada yang sanggup untuk berebut dan menawarkan diri. Terutamanya apabila memikirkan seluruh tanggungjawab tersebut bakal dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.Siapa yang layak menjadi pemimpin? Iaitu orang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sanggup meletakkan diri seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan sabda baginda maksudnya: �Pemimpin suatu kaum itu adalah khadam bagi mereka (kaumnya).� (Riwayat Abu Naim)Khadam merupakan seorang yang mengabdikan diri, merelakan diri memberi khidmat dan melayani tuan atau majikannya. Khadam sentiasa bersedia memikul beban tugas sehingga majikannya puas hati. Khadam itu sendiri akan merasa puas sekiranya segala khidmatnya sempurna tanpa mengharapkan sebarang balasan, habuan dan penghormatan. Bagi dirinya, cukup sekadar memilik keperluan hidup dan dapat menjamin kelancaran tugasnya tanpa sebarang gangguan. Dalam konteks pemimpin (khadam) maka tuan atau majikannya ialah rakyat ramai!Bagaimana jiwa seorang pemimpin? Iaitu umpama jiwa Saidina Umar Ibnu Khattab apabila beliau berkata: �Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak.�Kalau sekadar seekor kambing yang patah kaki dan tidak dapat mencari makan tentu tiada pemimpin hari yang ambil hirau. Buktinya, rakyat merintih, keluh kesah dan akhirnya merusuh kerana kesukaran hidup, pun tiada pemimpin yang rasa bersalah. Andainya pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat, tentulah sudah dapat dikesan semenjak 30 atau 40 tahun yang lampau dan bertindak mencari penyelesaian. Tentulah tidak ada rakyat yang mati di Selat Melaka kerana bot pancungnya pecah dipukul gelombang.Kemajuan mesti dicapai. Teknologi perlu dicanggihkan. Ekonomi wajar meluncur lebih pesat. Produktiviti perlu ditingkatkan. Untuk apa itu semua? Semuanya sebagai alat yang dapat membantu mentaati Allah SWT. Dan bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan umat. Itu idealismanya. Realitinya pula bagaimana? Mengapa kemajuan semakin tinggi dicapai, ekonomi semakin pesat,teknologi semakin canggih tetapi Allah SWT semakin dilupakan? Hidup semakin tegang, keluh kesah, kusut dan masih ramai yang terbiar tanpa pembelaan. Rakyat terpaksa bangun dan bertindak ganas untuk menyedarkan pemimpin.Marilah kita menoleh sejenak kepada figur-figur contoh. Peribadi kepimpinan yang membayangi peribadi Uswatun Hasanah iaitu Rasulullah SAW. Hasil buah tangan didikan Rasulullah SAW itu maka lahirah Khulafa' Ar Rasyidin.Jangan lagi ada suara sumbang bernada sinis, hendak ikut mereka naik unta, makan tamar dan bersenjatakan pedang.Jangan lupa bahawa mereka adalah orang yang telah berjaya dan termaktub dalam sejarah. Sebahagian mereka telah dijamin memasuki syurga, ertinya Allah SWT telah redha ke atas mereka dan cara mereka. Andainya mereka tidak betul tentulah tiada jaminan Syurga ke atas mereka.
From ikhwantoday

No comments: