Saturday, October 9, 2010

PERSATUAN GURU BERSARA KEDAH.......N3 KE-EMPAT

DENGAN NAMA ALLAH ,99 SEMUANYA
Majlis Perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman bin Abdullah,Pegawai Khas Menteri Kewangan Malaysia...............cucunda Pak Man Hanafiah,pencetus idea Persatuan Guru Bersara Kedah.
Cikgu Setiausaha Persatuan memberi taklimat ringkas tentang persatuan secara historis.
Para pesara memasang telinga mendengar taklimat......cakap kuat sikit cikgu setiausaha,kerana ada yang dah pekak.......
Pesara cikgu perempuan pun ramai yang hadzir.........di depan sekali ialah cikgu Hajjah Rokiah.Aku pernah bertugas memimpin pasukan pengakap dengan cikgu Rokiah di kawasan Sik dulu.
Majlis dimulai dengan membaca tahlil dan doa oleh cikgu Tuan Haji Yusuf bin Bakar.......amin
Kemudian didahului oleh ucapan Cikgu Timbalan Presiden Dato' A.Halim "R"..........kawan sekuliah ku semasa membuat ijazah pertama............sesapa yang tanya dia tentang huruf "R" tu ,dia akan jawab RAHSIA....orang kuatBulan Bahasa Kebangsaan dalam tahun 60an dulu.......dan seorang pemantun yang handal di peringkat kebangsaan......banyak buku2 pantun dikarang oleh beliau.
Di ikuti oleh ucapan Presiden Persatuan Tuan Haji Hashim bin Darus.......aku tak kenai secara peribadi,tapi mesti orang handal.....kalau tidak macam mana boleh jadi presiden.Presiden nak diteruskan pencen kepada isteri kedua , kalau berkawin selepas pencen.....kalau tak diberi pencen ,perempuan mana nak kawin dengan kita.....memang pun sapa nak kita yang tua ni.
Ucapan perasmian oleh Dato' Latt Shariman...........penoh nostalgia tentang keluarganya dan arwah pak Man dengan guru2 melayu di Kedah............guru melayulah pejuang bangsa zaman dulu.....sepatah guru bercakap,seribu telinga mendengar..........guru melayu mendahului tuntutan kemerdekaan tanahair..........melayu dulu tak lupa,yang lupa melayu sekarang.


Dato' Latt memberi grant peribadi dan keluarga seumur hidup sebanyak RM 2 ribu setiap tahun pada persatuan.......terima kasih Dato'...........moga cucu yang soleh memberi ganjaran pada arwah2 yang dah lama meninggal...insyaallah.


Salam melebar senyum.............srengenge teringat Pak Man bila melihat cucunda Dato' Latt

3 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Saya ni silent reader je.... nak tanya kalau nak pi Ladang Anggur kat Sik macam mana?

ainhany said...

Salam Ayhanda,

Teruskan perjuangan persatuan guru kedah dan peliharalah kebajikan bekas2 guru>

Bersama ayah, penah beberapa kali pi bayar yuran tahunan dan kali terakhir pergi kerana menghntar sijl kematian ayah..Sedihnya..AL Fatihah
Terima kasih

Cheq Utami_@kembara ilmu di Bumi Allah said...

assalamualaikum tuan, saya nak tanya alamat Persatuan Guru Bersara Kedah di mana ya?