Wednesday, October 13, 2010

YB YAAKOB SILAMSUDDIN

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


N3 ni terlambat siarannya.....4 hari streamyx memberi masaalah.
Aku, Majid dan Azmi pi ke Kelompang ziarah YB Yaakob tempohari.Kerana dia kurang sihat,jadi perlu sangat menziarahinya.
Macam2 cerita yang nak diperihalnya..............anak,cucu dan sampai cerita pasai lembu dan kerbau.....maklumlah dia dulu pegawai hewan.........seorang pakar 'permainan berhadas', masa dulu belajar di Lauceston,Hobart,Australia.
Nampak cukup 'la-eh' tapi cukup bersemangat kalau cerita pasai binatang..........dulu bumper keretanya dibuat dari tandok kerbau..............semasa sama2 bujang dulu,rumahnya iaitu kuaters pegawai veternari menjadi istana hinggap kami.
Bergambar bersama isterinya Mak Habibah..........depa kawin tahun 1965 dulu , kalau tak silap....tetap bahagia sampai hari ni.Mak Habibah kawan baik isteri ku.........kalau jumpa depa juga rioh sekampong.
Ni semasa mula kawin dulu...........macam pinang dibelah dua
Kami pi tengok barang2 lama yang YB simpan.....Lebih banyak dari aku punya.Barang2nya tak dirosak oleh anai2......kawasan bendang tak ada anai2.Berbeza dengan bukit srengenge.
Ada buku lama..........majalah MAD dan buku2 Beano dan komik klasik juga ada.
berbagai cenderahati dan pingat ada tersimpan.
sampai ke atas lantai ada kepelbagaian.
Ini buah mata itek....sedap,macam buah keriang rasanya.Ada sepokok ditanam di halaman rumah.
Cuba tengok tu,banyak bunga yang dah berputik...........bila masak nak bawa jaraz pi kutip......


Salam melebar senyum.............srengenge syukur dengan segala kasihsayang Allah pada hamba2nya.

No comments: