BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Tuesday, November 30, 2010
BALAI BOMBA SIK

Terima kasih kepada kakitangan Balai Bomba Sik kerana sudi datang memberi perkhidmatan kat Rumah Gemilang...............Segala tunjuk ajar kepada anak2 yatim cukup dibanggakan.......sejak Rumah Gemilang dibuka pada tahun 2000,saban tahun mereka datang.......pernah satu ketika dulu mereka datang membersihkan septic-tank yang tersumbat......sehari suntuk mereka berkhidmat..........hanya Allah akan membalas budi mereka.


Terima kasih daun keladi.
Monday, November 29, 2010
HARI SESUAI NAK KERAT KUKU

Pastikan pilih hari yang sesuai untuk kerat kuku.....jangan kerat sebarangan saja
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin dan Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Insyaallah , bisa di peraktikkan.
SARAPAN BERMADU

Inilah koleksi bahan sarapan ku pagi ni..........penuh bermadu





Madu lebah lain ceritanya,kerana ia ada dalam Al-quran...........tak semua bermadu tu manis........rumah tangga yang bermadu tanpa iman lebih pahit dari jadam....cuma P.Ramlee saja pandai bikin ceritanya
Salam melebar senyum.............srengenge tak perlu bermadu,because I have the only 'Wan'.
Sunday, November 28, 2010
BUNGKUSAN DHL EXPRESS DARI KSA

Satu bungkusan DHL express ku terima dari Kingdom of Saudi Arabia.
JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO kepada anaknda Sharimah Mustaffa mengirimkan bungkusan tersebut.Anaknda ialah pembaca blog srengenge jauh dari Saudi.......thank you very very much.




Salam melebar senyum...............srengenge sihat bersama bonda,berkat doa anak2 semua.
Saturday, November 27, 2010
PI KENDURI DI INSPIN ALOQ STAQ

Hari ni aku bersama Haji Azmi,Haji Abdul Majid dan Haji Ishak pergi kenduri kawin di Aloq Staq........Haji Mahazer Yusof buat kenduri perkahwinan anaknya di Inspin ( Institut Pengurusan dan Intergriti Negeri)











salam melebar senyum...........srengenge ucapkan selamat berbahagia kepada dua pengantin baru di atas.
BEROK PUN BACA


salam melebar senyum...........srengenge cuma baca 'senyum kambing'nya.........mmbek.....mmbek...........MMBEK ( bunyi macam kambing cirit)
Friday, November 26, 2010
RATU ELIZABETH PUN MASOK MASJID

Salam melebar senyum...........tongkoi kayu pun tak jahil macam sesetengah orang kita.
BIAR INTERNET BUAT LIPUTAN
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.
“Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja. “Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya. Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan. “Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” ujarnya lagi. Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam. Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho. DARI HARAKAHDAILY SALAM MELEBAR SENYUM............dema boikot kerana irihati,dengki dan ....dan..... |
MISI CHENG HO KE KELANTAN
Nazri Abdullah |
KOTA BHARU, 26 Nov: Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang, dalam masa sama kesempatan itu diguna menyebar risalah Islam.
"Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, melangkah kehadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini. "Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya. Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di sini semalam. Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa. Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan. "Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai. "Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin. Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya. "Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga. "Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi. DIPETIK DARI HARAKAHDAILY |
KULIAH PERTAMA TOK GURU
HOKI

Dulu minat giler,top giler ku semasa Malaysia mendapat tempat ke 4 di world cup dulu.
Di sukan asia kini pasukan Malaysia mencapai tempat kedua ( pingat perak).kalah dengan pakistan......pakistan negeri yang penoh dengan bala,tapi dengan hoki mereka boleh tak bagi can.
Malaysia kita Islam pun tak boleh bertahan........sat syirik,sat murtad,sat nak Islam.....cerdikpandai agama pun masih dok kejar pangkat dan fulus.
Thursday, November 25, 2010
HAPPY BIRTHDAY CIKGU MAS
SHOOT HIGH,TACKLE LOW
MASIH LAGI 1.3 JUTA ADA DI MAKKAH
Over 1.3 million pilgrims still to leave Kingdom

SUASANA DI JABAL RAHMAH TEMPOH HARI
Semestinya Ayah zain dan Mrs.zain masih di makkah
Salam melebar senyum..............hati srengenge senantiasa di sana
Wednesday, November 24, 2010
SIAPA KAWAN ANTA ?

Kalau nak kawan...........


Kalau nak berkawan sila ikut nasihat dibawah ni........aku copy dan paste kat blog ISA
Salam melebar senyum...............srengenge banyak kekawan kat PDKM.........dan dah banyak kekawan srengenge dah pulang ke Rahmatullah........ALFATIHAH
BERITA2 PANAS

Pendedahan oleh asia sentinal news alert melibat banyakVVIP termasok Malaysia.
Baca dalam http://www.asiasentinel.com.......france's sub scandal



Yang aku heran mana pi nya ulamak yang 40 orang masok umno dulu.........berilah peringatan sebelum di murkai Allah.........what say you harussani ?
Salam melebar senyum...........srengenge tepok dahi
TGNA SELAMAT TIBA DARI MAKKAH

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Alhamdulillah Tuan Guru Nik Abdul Aziz selamat tiba di Pulau Melaka dari Makkah.
Moga mendapat haji yang mabrur............dan doa2 Tuan Guru nanti lebih mendapat restu dari Allah.....amin.
Salam melebar senyum..........srengenge hormati ulamak
Tuesday, November 23, 2010
15 TAHUN SELEPAS ITU

Hari ni aku dikunjungi oleh sahabat lama sama2 mengajar di Sek .Men.Sik dulu...........15 tahun kami berpisah sejak 1995.....waktu itu dia Cikgu Mad Isa ( nama kami pun sama ) bertukar balik ke Aloq Staq dan aku pula bersara di tahun itu juga.

Salam melebar senyum........srengenge kagum dengan ahli jemaah....iman dan amal mantoop.....memang top pun.
KORBAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-IKHLAS

Sempena hari raya korban yang baru berlalu aku dan keluarga berada di Wakaf Zin di Maahad Tahfiz Al-Ikhlas..............anaknda Ustaz Din menyembelih 9 ekor lembu sebagai korban.




Salam melebar senyum............srengenge puas makan daging.....malamnya badan panas sampai ke siang.