Saturday, November 27, 2010

PI KENDURI DI INSPIN ALOQ STAQ

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Hari ni aku bersama Haji Azmi,Haji Abdul Majid dan Haji Ishak pergi kenduri kawin di Aloq Staq........Haji Mahazer Yusof buat kenduri perkahwinan anaknya di Inspin ( Institut Pengurusan dan Intergriti Negeri)
Kosnya tak begitu mahal di sini dan tempat selesa kerana tempat parkingnya luas
Ini gambar Haji Mahazer (baju putih meriba cucunya) bersama semua ahli keluarganya.Ada lagi yang belum sampai katanya.Beliau mempunyai 15 orang anak.
Aku juga dapat berjumpa kawan lama ..........Ustaz A.Ghani ( No.3 dari kiri).......last jumpanya di Madinah 21 tahun dulu (1989).Bergambar sama Haji Azmi,Haji Ishak dan Haji A. Majid.
Ini juga kawan lama (schoolmate dan hostelmate ) semasa di Ibrahim School....dia junior aku....Bekas tentera Kolonel (B) Haji Ahmad bin Sulaiman.....last berjumpa di Makkkah juga 21 tahun dulu.........masih muda kol.(B) ni.
Berbual panjang ....macam2 cerita.......tak cukup masa pula....MUZIK GANGGU PERBUALAN KAMI,kerana telinga kami dah masing2 pekak
Lepas makan nasi,makan pula bubur......rantah itu dan ini.........cerita masih belum menemui tamatnya.
Ini gambar pengantin baru bersama ibu
Ini pula seorang lagi pengantin baru.........aku cukup kenal jejaka ni.........Nabil Al-Hafiz.....dan habeh hafal Al-Quran semasa umurnya 13 tahun........dia cacat penglihatan,tapi dia berkebolehan luar-biasa.....Nabil boleh membaiki komputer.........boleh mengubat penyakit misteri.......Nabil bergambar bersama Chu Maliah dan isterinya.....dia mengubati sakit lutut ku dulu.
Haji Mahazer bersama anak sulongnya dan menantu perempuannya.........adik chombi ala bollywood tu ialah cucunya.
Lepas makan pi sembahyang kat Masjid Zaher................berdiri megah di tengah kesibokan Aloq Staq......Allahuakbar.
Depa nak beraksi sekali lagi...........Pak Haji Majid nak tunjuk kat anaknya Amirul kat Sabah sana.....Amirul ialah silent reader srengenge.....


salam melebar senyum...........srengenge ucapkan selamat berbahagia kepada dua pengantin baru di atas.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum pak cha
Terima kasih sebab bawa ayah jalan jalan
- amirul

Anonymous said...

comel betoi cucu che det.....tak caya,cuba besarkan...klik