Saturday, November 6, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAKIR & SUHERNI

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

(Sila klik kat gambar untuk melihat saiz yang lebih besar)

Hari ni aku dan keluarga dan juga warga Sik yang lain berkomboi ke Sungai Petani untuk kenduri walimatulurus di kediaman Cikgu Ramli bin Ayob...kami pi lebih awal supaya mudah bermesra kerana tetamu belum lagi datang duyun berduyun...........tapi sayang aku tak dapat merakamkan kedua pengantin Shakir dan Suherni kerana belum tiba.
Khemah jamuan cantik dan indah
Dalam rumah ada satu kumpulan marhaban.........dendangan suara yang memang merdu.
Aku disambut mesra oleh cikgu Ramli Ayob.
Makan kuih dan ayiak kopi dulu
Ni pula ialah kekawannya di Sungai Petani.
Anaknda Faiz dan ibunya cikgu Norida melayan kami dengan mesra.Ihsan pernah belajar dengan cikgu Norida di Sik dulu.Faiz ialah kawan sedarjahnya.....orang belum ramai lagi,jadi sempatlah kami berbual panjang.
Aku pula sempat menjadi DJ..........tak der pengalaman pun........tapi bila ada kesempatan tak lepas peluang aku jelapak saja.
Mak wan dan cikgu Norida....dok bersembang pasai anak2.
Ni keluarga cikgu ramli dari Sik.
Ni semuanya geng2 lama dari Sik.......pak lah karan pun ada.....dia dok angkut anak2 cikgu ramli balik dari sekolah dulu......la ni depa semua dah besar panjang.
Ni pula kumpulan wanita dari Sik........semuanya dari Kampong Kuala.
Ikhwan dan Ihsan dah mula makan.....tambah jangan tak tambah......yang berpakaian belang hijau-hitam di belakang tu Pak Lah Karan.
Kami semua dok layan tuan rumah makan.............sat lagi dia tak sempat pula nak makan.
Aku lebih awal dah balun..............perut tua tak boleh nak tangguh2......tak boleh kosong nanti angin masok.


Terima kasih banyak,bila dapat cucu bagi tau.Sayang gambar pengantin tak dak dalam N3 ni.

Salam melebar senyum.............srengenge cukup selesa dengan dalca catering Taman Ria.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

selamat penganti baru untuk Shakir dan Suherni

Wassalam

Anonymous said...

Salam tuan,

Amboi pak cha, sempat lagi tu jd dj.