Saturday, January 22, 2011

ONE TO ONE

Semoga Cikgu Mala berjaya,insyaallah.


Para pendidik berdiri dibelakang mu..............yang dah pencen pun sokongmu........kalau dibiarkan pendidikan negara akan kecamok...........

Ku panjatkan doa pada Allah Yang Esa.

KELUARGA DARI KEMBOJA MAI KE SRENGENGE

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Alhamdulillah semalam saja beri komen kat blog Razali bahawa ada keluarga srengenge kat kampong Cham di Kemboja...............hari ni depa pun dah sampai ke Srengenge.
Ustad Omar dan Ustazah Kamariah tiba berdua.........suami-isteri
Ustazah bergambar bersama Mak Long Wan.........muka seiras,macam dua beradik
Puteri Rumah Gemilang juga menyambut mereka berdua...........dari kiri Noorasyikin, Ismahani dan Latipah........kebetulan giliran mereka minggu ini berada di dangau srengenge
Turut berada bersama ialah Pak Aziz danHaji Abd.Rahman (ayah Man)..........Pak Aziz (dok angkat tangan) baru saja pulang dari Kemboja.........dia bertemu dengan ustaz Omar di sana.
Sempat juga membawa mereka melawat rumah gemilang dan masok bergambar dalan bilik masak.........di belakang ialah Kak Long dan Kak Ngah warden rumah gemilang
Makan mee goreng pagi ni...................insyallah lain kali kita masak mee bandung.


Salam melebar senyum...............srengenge tak minat bergomoi macam pemerintah dunia......tak gemar membazir kerana masih banyak rakyat miskin,terutama di Kemboja.


Kalau nak pilih , pilihlah kerajaan terbaik

Friday, January 21, 2011

TAZKIRAH JUMAAT

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Pahamilah dan hayatilah Hadist di bawah ini supaya kita di landasan yang benar.....ini zaman mungkar.....ini zaman pasik.....majoriti cintakan dunia.....cintakan duit.......cinta pangkat......cinta kuasa........duit dan pangkat ialah perdu segala maksiat.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Moga kita terpelihara ............amalan kita ialah bekalan akhirat........amalan baik membawa ke surga,amalan jahat menanti di neraka........

Salam melebar senyum.............srengenge membawa nyunarnya

JOM IKUT SAYA


Bapa Siti Noor orang dulu semua kenal..............peneroka tanah untuk rakyat miskin
Namanya A.Hamid Tuah
Siti Noor cukup paham hidup kaum marhean


Cikgu Mala pula anak peneroka..........nak ajak ubah selamatkan Malaysia
Mala juga nak selamatkam peneroka felcra...........

Thursday, January 20, 2011

HARUS SANA SINI

Kita umat Islam di tuntut bertaubat sokmo-sokmo
Tidak ada yang maksum,kecuali Nabi2

Banyak sangat kecelaruan dalam negara kita sekarang
Yang disebut pemimpin pun macam budak2
Taraf,nilai dan kebijaksanaan dah terhakis
Lebih2 lagi bila ada pilihanraya
Apakah hebat sangat berkuasa di bumi ?
Berapa banyak kekuasaan telah musnah
Firaun
Qarun
Hamam
Tsamud
dan banyak lagi tersebut dalam Alquran
Apa pula Rom
apa pula Parsi
Apa pula yang banyak lagi
Apa pula hitler dan napolean
Apa pula yang dekat dengan kita
Marcos dan big mem Imelda
Dan suharto
Menghadapi jalan susah bila nak mati

Cukup.......panjang sangat kalau nak tuleh........memadailah kalau nak pikiaq

Wednesday, January 19, 2011

APAKAH ITU HIDUP ?

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Inilah hidup.........sokmonya ingatlah mati semasa masih hidup

Semasa 1 tahun....kamu mendapat keutamaan
Semasa 10 tahun....kelulusan akademik di utamakan
Semasa 20 tahun....keinginan pada pasangan diutamakan
Semasa 30 tahun....karier diutamakan
Semasa 40 tahun....kesihatan diutamakan
Semasa 50 tahun....kedudukan dan pangkat diutamakan
Semasa 60 tahun....keluarga bahagia diutamakan
Semasa 70 tahun....mengingati masa lampau diutamakan
Semasa 80 tahun....pergerakan diutamakan
semasa 90 tahun....mengingati laluan diutamakan
semasa 100 tahun..melihat potret diri semasa muda diutamakan


QULUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT.....tak payah berbangga dengan dunia.....kalau nafsu terikat dengan dunia,payah nak kenal ALLAH

Manusia terbahagi kepada tiga:

1.ROh..............roh kembali pada Allah,bila mati seseorang
2.Badan...........menjadi makanan ulat dan cacing,bila mati seseorang
3.Amalan........hanya amalan menjadi milik manusia ( baik atau jahat)

Salam melebar senyum.............SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH BERIKAN


,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.

YAKIN DENGAN KEPAKARAN

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Manusia kini yakin dengan seseorang pakar.......pakar dalam bidang apa saja.....semua bidang ada pakarnya.


Ini satu citer benar dari guru ku :
Suatu hari guruku jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Doktor2 tadi ditanya oleh guruku:

“Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?”

Jawab mereka: “Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini.”

Kata guruku: “Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw.”


Salam melebar senyum..............srengenge : cakap orang alim ada hikmah

RENUNG DAN HISAB DIRI

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Gambar hiasan : Masjid Cardova di Sepanyol....satu ketika telah dijadikan gereja......berkat kerja dakwah ia kembali menjadi masjid.


Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.


Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.

Salam melebar senyum............srengenge ingatkan: Jangan caci orang berdakwah

TOK GURU MASIH SUPER

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Ulama ialah pewaris nabi
Tengok tu .....ada aura......ada ummmphh...... dan ada klas


Moga Allah kekalkan kesihatan rohani dan jasmani Tok Guru............jom masok trek.

Tuesday, January 18, 2011

BERI RUANG PADA DEMOKRASI

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Masing2 dok challenge di luar gelanggang
Jom tunjuk teloq masing2
Tunjuk gentleman
Musim PRK Tenang ni cukup sesuai........ayoh

Mai kita testing tengok : Biar kedua2 calon Tenang jadi pengerusi bersama : Cikgu Mala dan.............(calon BN tak tau lagi)

FAKULTI KEJURUTERAAN USM

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Bahagian Pembangunan USM datang berkhidmat di Rumah Gemilang hari ni......
Berjumlah 30 orang para juruteknik datang dengan sebuah bas kepunyaan USM..........merekalah tulang belakang dalam setiap jabatan...........tanpa mereka boss2 besar tak boleh hidup senang......mana boss nak tau buat kerja tu semua.
Juga bersama ialah sebuah lori memuatkan segala peralatan yang mereka perlu........bahagian letrik dengan peralatan lekriknya..........bahagian piping .............bahagian hawa -dingin.........bahagian landskaping...........dan bahagian kimpalan.........semuanya ada alat kerja masing2.
Terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkhidmat........sambil cari makan,sambil cari pahala sampingan
Jaga sikit abang dok panjat2 tu.......biasanya malang tidak berbau.....insyallah selamat
Dalam semak ada duri.....entah2 ....ular yang aku geruni..........jaga2 ular bukit pun berbisa
Kerja nak pasang paip pun bukan mudah............tapi pahalanya berganda..........jujur dan ikhlas mesti ada


salam melebart senyum.............besok sehari lagi depa akan sambung kerja.

Monday, January 17, 2011

AKU BERKEMPEN UNTUK TENANG

Kini semua kenal sapa dia Markom Giran...........kabare waras ?....dia berkempen lebih awal dari aku .

Tapi aku berkempen menggunakan Hadist Nabi saw...............aku bukan pegawai tinggi di kementerian..........aku cuma pesara tua.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Mudah dipahami,jelas dan tepat.

KALAU-KALAU



Kalau-kalau lah Ummi lawan Mala di Tenang..............sapa menang agaknya ?

BERITA RINGKAS

Mudah saja nak menang...........kita tipu sana,tipu sini.........undi pos pun boleh bantu.......tapi dosa menipu sapa tanggong ?
Ni cikgu Mala akan bertanding di Tenang.........depa dah mula buat kerja karut..........suaminya di arah bertukar 24 jam ke JB ( aku dapat dari kerabubersuara)........kejam sungguh depa.........tak gentleman.
Mercu-tanda jemaah haji Malaysia........Masjid Kucing telah di roboh untuk pembangunan Masjidil Haram.............gambar ihsan dari haji arshad
Ni pun satu lagi hal..............1Malaysia,macam2 ada............bumi kita semakin huduh

Sunday, January 16, 2011

LABU BAGINDA

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Sempena dengan ulangtahun keputeraan Sultan Kedah , beta dan permaisuri beta masak satu resepi baru dinamai 'Labu Baginda'.
Sebiji labu pilih saiz yang sesuai.....dicuci bersih.........jangan kupas kulitnya.......yang masih muda lagi bagus,sebab manisnya.........semua suka yang muda,Pak Taib pun pilih yang muda
Sediakan beras pulut......bersihkan dan biarkan kering
Kemudian beta pangkaskan kepala buah labu tersebut..........buangkan semua perkakas dalamannya dan selepas tu beta masokkan beras pulut ke dalam buah labu tersebut
Selepas ni beta serahkan tugas kepada permaisuri beta............kemudian masokkan santan yang diperah dengan daun pandan..............sudah pasti bubuh garam secukup rasa
Permaisuri beta tutupkan mulut buah labu,masokkan dalam periok ...........bubuh aiyiak dan rebus dalam periok biasa...........tutup kan periok biar sampai masak........
Bila dah masak tu dia rupanya............baunya harum
Jom makan.....masih panas2.........bila dah sejuk aromanya berubah...........orghang kelantan suka makan bersama manisan..........dalam botol tu ialah manisan tebu anaknda ihsan yang beli masa balik dari BBB ( Bandar Baru Bangi).........bukan kicap..........kalau masih panas,bubuh dalam mulut boleh lambong2 dengan lidah.........ada keistemewaannya.


Itulah dia labu baginda.............it is worth a try...........lepas tu hirup kopi O panas

Alhamdulillah.....apakah lagi yang kamu nak dustakan ( herdik Allah berpuluh kali dalam Surah Ar-Rahman)

DAULAT TUANKU

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Hari ni kami di negeri hijau-kuning sambut ulangtahun keputeraan baginda ke 83
Dan hari ni dah nak mula kemaraunya
Bunga kertas aku pun berseri2
Dan panas akan mula membahang di waktu siang , dan kesejukan menghimpit di waktu malam.
Harap lebih bertambah rezeki dan iman.
Kami taat pada raja........1993 dulu pun che det tak hantam baginda,kerana dia tau dia rakyat Kedah........orang berpolitik ....aku paham , kau semua pun paham

Dah hilang islam hadhari
Mai pula 1Malaysia
Lepas ni timbul lagi
Apa benda haramjadah kita tak tau

TGNA & BLOGGERS

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Di Majlis TGNA dan para bloggers

Insyaallah dengan Agama Tauhid dan Iman para bloggers boleh diangkat sebagai Para Da'ie



Salam melebar senyum.............jom kita manfaatkan teknologi ICT ke martabat yang ada nilai

CERITA2 HARI NI

Antara titipan dan pesanan ucapan TGNA buat bloggers berkaitan tentang peranan blogger yang menjadi pendakwah dunia era baru. Amanah yang diberi baik pemberita, baik dianya guru, baik dianya penulis atau baik dianya guna hujung jari. Kebijaksanaan menyampaikan kebenaran amat dituntut dalam Islam. Elakkan perbalahan sesama sendiri yang akhirnya memberikan kesan terhadap agama Islam. Para bloggers mesti bertanggungjawab dengan apa yang dilontarkan sendiri, dan seharusnya berteraskan kebenaran sumber dan mengambarkan hakikat Islam terus difahami bersama dengan masyarakat bukan Islam.
Tanpa tauhid dan iman manusia berani berkata apa saja.............fitnah lebih bahaya dari aedes.......nyamok aedes selamat di akhirat, tapi manusia belum tentu
Bayi ini dilahirkan bergigi dua..........tiada yang ganjil..........kudrat Allah tiada bandingannya

Kita semakin dekat ke lubang kubur