MENJADI MARHEAN
Aku sama-sama bersesak
mendaftarkan kesakitan
menunggu panggilan
mendambakan harapan
suara derita pun larut
dalam rungutan marhaen
mendengar nombor seruan
masih jauh giliran.
Begitulah sukarnya
menjadi marhaen
mendapat rawatan
dari kesusahan
kerana kami tiada upaya
mengeluarkan biaya
menyambung nyawa.
Jabatan Pesakit Luar,
Hospital Banting,
10/01/11
5 comments:
itulah kita ....
Assalamualaikum Ayahanda
disini ada perbezaan sikaya dgn si miskin
Wassalam
Salam ayahanda,
itulah nialai rawatan percuma yg kita terima. Spt melepaskan batuk di tangga jer.
salam anaknda semua,
Itulah rintihan dari seorang doktor
Salam Ayahanda,
Satu citer benar. setelah mendapat khidmat doktor pakar, isteri sy ke farmasi utk mengambil obat. Tup2 famacist tefon doktor nape prescribe ubat tuh (sbb mahal). Doktor tuh jawab, dia pesakit sy, ikut sy lah.
Sbb kita sengkek tak layak terima ubat mahal, klu org atasan (berekor kut)no hal punya.
1 Malaysia banyak kasta.
Post a Comment