Friday, March 25, 2011

APA HARAMJADAH NI.....

Di pagi jumaat ni cuba nak tuleh sesuatu yang bersih/suci
Tapi minda tersekat
Kerana isu-isu video datuk T berpuing2
Buka blog pun tak dak cerita lain...suratkhabar pun sama
Aku cuba renungi ladang getah
Terpukau aku gambar datuk T (Tambi Chik) kerana dia pengurusi Risda

Apalah semua haramjadah ni
Angkasa Malaysia bergelora
Gerun dilanda malapetaka
Bermula dari 1987
Razaleigh lawan cdet.....sejak itu dendam kesumat melanda negara
Kerana seperti biasa aku kata : cinta dunia dan kuasa
Merampas harta,digoda wanita
Cdet memulakan isu liwat
Dia akan tanggung sampai akhirat

Macam2 haramjadah
Datuk Eskay kata Saifol amal homoseks tulin.......nauzubillah
Bimbang bumi malaysia terbalik
Macam zaman Nabi Luth a.s

Datuk Eskay kata dah pi Makkah buat Haji dan Umrah
Pasai apa buat video lucah
Abu Lahab Abu Jahal lebih hebat
Hidup dan mati pun di Makkah
Bila baca blog Setpol MB kedah
Baru tau Eskay ni orang Sik
Aku tak kenai orang danglau Sik ni
Bela kambing tanam dragon fruit
Lebih untungnya

Kalau aku nak tuleh pasai haramjadah
Banyak sangat
Tiga treller tak cukup

Aku berenti di sini.....
Banyak haramjadah akan muncul lagi

6 comments:

YB said...

salam

patutlah harga getah turun menggila
tukang jaga dah gila

YB said...

salam ayahanda

patutlah harga getah turun menggila
tukang jaga dah gila

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Ayahanda,

Seronok membaca puisi
membuat gelora dihati
pusing-pusing itu-ini
geram bercelaru dgn benci
bertindak kita mati
terpampang jelas ada iri
pilihanraya semakin dekat kini
keboborkan sendiri banyak dah diketahui
itulah talian hayat dicari
fitnah ditabur di sana-sini

Chik Att said...

best ayahanda... org alam ni .... bakat menulis memang tinggi .... dalam sedap...mecucuk2 ati ..

Haramjadah makin berleluasa skrg.... mana2 pun depa bleh masuk ...... siap mengaku tak bersalh pulak tuu ...

shami2 said...

salam ayahanda...

Sekian lama kita
dihidang..berita muak ni..
Jangan ingat semua orang diam tak punya benak....
Satu hari akan tiba gelanggang itu
Sama2 satu hati, kita bersihkan semua ni..dengan penuh terhormat....

Anonymous said...

Assalamualaikum dan terima kasih Pak Cha.

Sekiranya kita mengikut undang-undang syariah, segala "perpetrator" H. J. ini tak akan dapat timbul. Dan hal-hal H. J. ini tidak akan dapat ditimbulkan dan dibincang senegara secara lewa dan terbuka dan diterima dengan tidak ada apa halnya.

Nauzubillah. Saya takut mengingatkan apa yang terjadi pada zaman Nabi Luth alaihissalam, sebab kita telah menerima pengakuan dan sumpah depan Qur'an, dalam masjid di depan imam2 dengan relanya dan tidak seorang pun di antara yang berkuasa menyuara untuk mengambil sebarang tindakan ke atas orang yang telah membuat pengakuan tersebut.

Yang benar,
Hamba Allah, orang Kedah