Tuesday, March 22, 2011

FITNAH SEBAGAI TATACARA HIDUP

Gambar Kamal Aturtuk sebagai hiasan untuk dijadikan renungan

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Fitnah telah menjadi satu tatacara hidup orang politik sekular...........masyaallah...........apakah mereka langsung tak tau bahaya pada diri mereka,ataupun memang dungu ataupun nak jadi syetan manusia...........dekatilah agama untuk selamat di dunia dan di akhirat........cintai dunia,cintai kuasa adalah tunjang segala maksiat.




Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.

Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.


Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.

Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Al Muafaqat menyatakan: “Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…”

Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain

“Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: ‘Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka’. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.

“Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.

“Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!”.................membuat fitnah liwat,zina dan sebagainya adalah lebih besar dosanya dari membunuh seorang altantuya.

Wallahuaklam

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

kalau thunami dtg sebelum sempat bertaubat/mohon maaf drp yg difitnah.....
Subhanallah....
azab nyaaa.....

Wassalam

mamawana said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.