Thursday, March 24, 2011

NASIHAT DARI ORANG PERNAH DIPORNO

Chua Soi Lek "nasihat" Anwar:
Akuilah saja kalau benar lelaki dalam video

Chang Teck Peng | Mar 24, 2011 12:28:54 pm

Presiden MCA Chua Soi Lek "menasihati" Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim supaya jangan bersilat lidah lagi, sebaliknya memberanikan diri untuk mengakui, jikalau benar dirinya lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan kepada media pada 21 Mac 2011.

"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek (gambar kiri) yang mengakui bahawa dirinya masih belum menonton klip video seks tersebut, malah tidak tahu sejauh mana benar kandungan klip video tersebut.

Demikianlah jawapan yang ringkas daripada Chua Soi Lek kepada soalan yang diajukan MerdekaReview, dalam satu majlis dialog bersama pelajar Malaysia di Taipei, Taiwan, semalam. Soalan yang dilontarkan MerdekaReview sebenarnya berbunyi, apakah pendirian MCA terhadap penggunaan taktik sedemikian (video seks) untuk menumpaskan musuh politik.

1 comment:

Chik Att said...

mentor.....nasihat menti ....