Sunday, March 27, 2011

PEDOMAN YANG BERGUNA

Terbaca sebuah komen dalam yahoo malaysia :Kisah Rahim Tamby Chik disiasat........Disiarkan : copy and paste


Penulis : Ir. Sulaiman

Askum.. Wahai Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri & menteri2nya yang ada..! Boleh tak kalau tuan2 tumpuankan sepenuh perhatian kepada soal pembangunan negara seperti mengatasi harga barangan yang semakin meningkat, masalah sosial semasa, masalah pentadbiran negara yang cekap, meningkatkan mata wang negara, kurangkan defisit negara, memperbanyakkan pelaburan asing dan sebagainya..?

Jangan ler terlalu banyak buang masa tentang video sex, mengaibkan orang, jatuhkan orang dan sebagainya.. Kami bukannya melantik kamu orang semua untuk itu..!! Kami lantik kamu orang semua dengan memberi amanah untuk membantu kami dalam mempertingkatkan taraf hidup & ekonomi kami.. Tolonglah wahai para pemimpin yang bijaksana.. Kalau rasa nak bertelagah atau berdendam.. Letak aje jawatan sebagai menteri dan pergilah bertarung kat luar sana.. Jangan bazirkan duit rakyat demi mempertahankan ego tuan2..

Satu lagi.. kalau memimpin tu, pimpin ler elok2.. Jangan dok sekali2 dengar cakap orang atau hasutan orang walaupun bini masing2.. Actually, kamu yang dipilih rakyat dan BUKAN nya bini2 kamu.. Maaf kalau menyinggung perasaan..

Walaupun pemimpin2 mat saleh tu bukannya orang Islam tapi mereka tetap gentlemen..! Mereka tak sentuh hal2 orang yang dalam seluar tu.. Jangan ler jadi pemimpin Melayu yang typical yang menjurus kepada sifat MUNAFIQ.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah & yang buruk tu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Rgds,

IrS

3 comments:

Anonymous said...

Tak apalah mereka ni golongan yang cukup sabar untuk pergi terima habuan di Padang Mahsyar kelak.

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

saya sokong penulis

Wassalam

KakNaan said...

saya sgt sokong penulis.....dah menyampah nak baca surat kabar! izinkn sy kongsi nukilan ni kat facebook sy.