Saturday, December 31, 2011

A DAY IN THE NEW YEAR




EVERYDAY IS A NEW DAY............................A NEW YEAR CELEBRATES IN A DAY

Friday, December 30, 2011

BAHASA ITU INDAH,KEKADANG CELAKA DIBUATNYA




 Srengenge nak muatkan tulisan anaknda Ibnu Sufi (IS) dalam blog ni............IS bekas pelajar Sek Men.Sik.....merupakan salah seorang orang gergasi yang merencanakan Malam Mengimbau Kenangan di Park Avenue 16 Disember yang baru berlalu..........


                                        
                                            Srengenge bergambar bersama IS di lobby Park Avenue


Inilah nukilan IS (Ibnu Sufi) :


Sering berlaku dalam hidup kita seharian ialah salah faham, kadang kala hingga membawa pertelingkahan atau pergaduhan hanya kerana perkataan yang sama dituturkan di sesuatu tempat namun membawa makna yang berbeza di tempat lain.

Saya tidak mahu sentuh isu ‘kopek’ yang membawa satu makna tertentu berkaitan wanita di Pantai Timur tetapi di tempat saya di Kedah, kopek digunakan untuk menyimpan wang. Sebab itulah ketika menonton filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', walaupun berkali-kali disebut oleh Pak Abu, “banyaknya kopek dia...” tatkala melihat kemunculan hantu kopek, saya sendiri menyangka ianya tangan yang dikepal atau penumbuk.

Itu sangkaan saya setelah puas saya mencari kopek duit (dompet) tidak ada dalam wayang itu.

Apa yang pernah berlaku ialah hal seorang pakcik dari tempat saya, datang ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menziarahi anak lelakinya yang kemalangan. Tiba di hospital itu, dia dan keluarganya ditahan oleh pengawal yang memberitahu, itu bukan waktu melawat. Lalu dijawab oleh si pakcik: “Aku bukan nak melawat, aku nak tengok anak aku ‘accident’!”

Ini kerana di tempat saya, melawat dikira sebagai aktiviti santai, bersiar-siar atau yang seumpamanya. Sementara menziarahi orang yang kemalangan atau sakit pula disebut sebagai tengok. Tengok dalam konteks ini bukan sekadar melihat.

Bagi orang luar yang menziarahi kematian di tempat saya, jangan pula menyangka kami menganut ajaran sesat. Ini boleh berlaku seandainya mereka terdengar perbualan atau soal jawab orang setempat mengenai “jenazah nak simpan pukul berapa?”

Ini bukanlah pula bermakna orang di tempat saya, di Mahang, Kedah itu tidak kebumikan jenazah sebaliknya hanya ‘menyimpan’ sebagaimana mayat Firaun di Mesir. ‘Simpan’ dalam makna yang berkaitan dengan jenazah di kawasan itu ialah kebumi. Jadi, jangan salah sangka kami bawa ajaran baru yang tidak kebumikan mayat seperti orang Zoroastrian di Iran sebelum revolusi Islam dulu.

Di tempat saya juga, air tidak disebut air, atau ‘ayaq’ sebagaimana dialek orang Kedah lain. Air mengikut sebutan ‘lidah bonda’ (mother tongue) saya bunyinya sama dengan menyebut huruf ‘A’.

Itulah sebutan dalam dialek Melayu Pattani yang berasal dari Selatan Thailand manakala di negara inu, wilayahnya meliputi beberapa daerah di pedalaman Kedah dan Perak iaitu dari Padang Terap, Sik, Baling, sebahagian Pendang, Kulim di Kedah. Di Perak pula, ia meliputi Pengkalan Hulu (Kroh), Grik, Lenggong, Batu Kurau, Ulu Selama dan Bukit Gantang.

Ada pun telah berlaku satu peristiwa seorang makcik ketika berjumpa doktor di sebuah hospital, telah diminta oleh doktor berkenaan untuk menunggunya di depan bilik A bagi pemeriksaan lanjut. Lalu makcik berkenaan pun, yang tersalah faham akan arahan doktor itu, telah menunggu lama di depan bilik air sehingga ditegur oleh jururawat: “Makcik buat apa kat sini? Dari tadi saya tengok makcik di sini.”

Dijawab oleh makcik itu: “Doktor yang suruh aku tunggu di sini.”

“Doktor suruh tunggu di sini?” tercengang-cengang jururawat itu bertanya semula. “Buat apa di suruh makcik tunggu di sini?” tanyanya lagi.

“Manalah aku tahu, dia suruh tunggu, aku tunggu sajalah...”

Tahu dia tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan, si jururawat lalu bertanya sendiri kepada doktor. Seketika kemudian, dia datang semula sambil menahan ketawa.

Katanya kepada makcik itu: “Makcik, doktor suruh makcik tunggu di depan bilik A, bukan bilik air.”

Inilah salah faham yang biasa berlaku, yang saban hari kita boleh temui.

Walau apa pun, jika ke Indonesia, jangan anggap ‘gampang’ perbedaan seperti ini kerana kita yang serumpun sentiasa ‘membutuhi’ kerukunan sesama tetangga.


MB KEDAH





 Gambar YAB Datuk Seri Ustaz Azizan  semasa mudanya...............hensem  orangnya...........



Thursday, December 29, 2011

TANJUNG KATONG







 Sea-view Tanjung Katong tahun 1920











Di Tanjung Katong , airnya biru
Di situ tempatnya dara jelita
Duduk sekampung, lagikan rindu
Kononlah pula nun jauh di mata


KU LI DAN MAT SABU SEBAGAI GENTLEMAN MELAYU TERAKHIR







Ku Li dan Mat Sabu yang srengenge pilih..........kerana konstan dalam berpolitik......gentleman terserlah





Setakat ni 2 orang politikus Melayu aku tabek...........Ku Li dan Mat Sabu..........seorang konstan dalam umno dan seorang konstan dalam pas.............jarang mereka melatah..........mereka boleh terbang di awan dan melata di bumi.........mereka tak menanggok di ayiak yang keroh..........Ku Li anak raja,Mat Sabu anak kampong......itu yang membezakan mereka.........masing2 berjuang untuk rakyat........Ku Li dari langit,Mat Sabu dari bumi

Saran Ku Li supaya diujudkan Mahkamah Perlembagaan..........khusus untuk menyelesaikan isu perlembagaan seperti kedudukan Raja2 Melayu,hak kebebasan rakyat,pilihanraya yang bebas dan tuntutan royalti minyak............dan inilah juga halatuju Mat Sabu sehingga terpeleot lututnya dalam tuntutan bersih 02 bulan Julai 2011.




Wednesday, December 28, 2011

JANGAN MASOK PAS....KALAU





 DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA



Nasihat seorang ulamak..............carilah dunia berpada2.........jangan celapak apa saja.......ikut nafsu satu dunia nak di telan...........tak kira dosa atau pahala.........walaupun dunia ini sementara , carilah harta , tak mengapa..........dunia yang boleh di bawa kesurga.........

CINTAILAH DUNIA UNTUK AKHIRAT

Tuesday, December 27, 2011

MAJLIS SALITULRAHIM........MATLAMAT SMSIK TERCAPAI













Tapi, tahukah Anda makna silaturahim dan apa hakikatnya?

http://static.inilah.com/data/berita/foto/1768822.jpg

M Quraish Shihab, guru besar tafsir Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta dalam bukunaya Membumikan Al-Qur'an menulis makna silaturahim sebagai berikut.

Menurutnya, silaturahim adalah kata majemuk yang terambil dari kata bahasa Arab, shilat dan rahim. Kata shilat berakar dari kata washl yang berarti "menyambung" dan "menghimpun". Ini berarti hanya yang putus dan terserak yang dituju oleh shilat itu.

Rasullullah Saw. mendefinisikan orang yang bersilaturahim dengan sabda beliau: "Laysa al-muwashil bil mukafi' wa lakin al muwashil 'an tashil man qatha'ak," yang artinya: "Bukanlah bersilaturahim orang yang membalas kunjungan atau pemberian, tapi yang bersilaturahim adalah yang menyambung apa yang putus" (Hadis Riwayat Bukhari).



jelajahunik

Monday, December 26, 2011

BILA LEMBU MENGEBOOH & KAMBING MENGEBEK


Dunia tak sepi dengan kegiatan manusia............ditugaskan menjadi khalifah di bumi............dalam sejarah manusia banyak menipu diri , tertipunya dengan keindahan yang sementara.............ghairah dengan kuasa dan menghimnpun harta..............tak pernah mengambil pedoman............sebab tu buat kerja membabi buta




Shahrizat kata ; pemimpin mana yang tak ada masaalah .............SPRM dah pun mulakan siasatan terhadap lembu2 Feedlot





Khir Toyo pula dakwa dia dikambing hitamkan.............selepas dia tiada lagi kuasa dalam kerajaan........
Semalam Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta...
songlap RM3 juta hanya penjara 12 bulan...





Tetapi apabila rakyat biasa yang menyamun hanya RM20..
dikenakan hukuman penjara 36 bulan..