Monday, December 12, 2011

DI SATU HARI DI SATU KETIKA........THANK YOU FOR COMING





DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Dengan izinNya juga dapat bertemu dengan cikgu Maizaini Muda bekas murid tahun 80an dulu di sekolah Menengah Sik...........Maizaini datang dengan penuh kegigihan bersama 4 orang anaknya jauh dari Pucong,Selangor........suaminya tak dapat cuti........memandu sendirian dengan penat lelah,berbaloi dapat hinggap di srengenge..........tapi buat seketika saja



Maizaini bergambar dengan Mak Wan membawa satu nostalgia baru bagi kami ...........tapi sayang Maizaini tak bagi tau awal..............tak payah nak menumpang di rumah sewa atau chalet.............rumah srengenge sedia menerima tetamu..............boleh kalau nak tidoq atas lantai........boleh kalau nak makan nasi berikan tamban masin.............tapi dah tak boleh nak mandi ayiak telaga.............pengalaman menyedok ayiak telaga boleh dipulehkan kalau lah masih ada telaga bertimba dengan timba buatan upeh..............



Bloggers PdKM sila ambil perhatian...............berkelubung putih tu ialah Siti Aisyah ( anak sulung Maizaini) ialah juga anak murid Cikgu Mas di Sekolah Menengah Teknik................dia cucu ayahanda Cikgu Mas........pastikan dia lulus cemerlang SPM tahun depan



Buat kenangan sekeluarga...............berbaju hitam ialah Lokman..........dua orang adiknya ..srengenge dah lupa nama mereka........maaf yer.........cip minda dah menurun fungsinya.


Perbualan dengan Maizaini mengenai kisah keluarga dan masa yang berlalu..............banyak telah dipuput angin mengimbau-ngimbau entah ke mana............sekali-sekala terhibanya jiwa usang orang tua ni.........begitu lama masa berlalu sehingga Maizaini pun dah katanya sesat bila balik ke Sik..........Pekan Sik dah tak ada..........mercu tanda dah hilang...........



Sekejap saja Maizaini datang............tapi cukup bermakna.............keletihan nampak pada wajah Maizaini.....menerjah jauh dari Pucong dan akan menerjah lagi ke rumah sahabat handainya.............tapi kami guru2 dulu kenali Maizaini sebagai seorang yang kental..............dulu beliau ialah pemidato dan pedebat yang baik...........insan yang sanggup mengharungi bebagai rintangan.............hajat srengenge nak suruh dia berehat dulu , tapi missinya banyak yang belum selesai.



Siti Aisyah bersama Sakinah..............mereka ialah rakyat Selangor..............tentu mereka lebih mengetahui kisah Feedlot...........Abuya Siti Aisyah berkerja di Istana Negara..........kini giliran Sultan Kedah menjadi Agong.............




SALAM MELEBAR SENYUM

3 comments:

ainhany said...

salam ayahanda,

syukur terima tetamu..nie barokah jadi guru...sentiasa dikunjungi anak2 didik..

Muga ayahanda dan wan sihat2 ...ALLAH rahmati dan berkati selalu

mazzaini bt muda said...

terima kasih cikgu cikgu...banyak sungguh cikgu tulis, saya teramat syahdu..

Lady Maimunah said...

Bestnya cikgu Mazzaini dapat bertemu dgn bekas gurunya....tak kisahlah cikgu tu siapa sekarang yg penting ilmu yg diturunkan kpd anak2 didik sehingga berjaya mengikut jejak langkah gurunya menjadi pendidik