DIPETIK DARI BLOG SAKMONGKOL AK47
PAU 2011: Dari modal insan ke modal lembu dan kemaraan fascime.bahagian 1
Apa
sudah jadi kepada UMNO? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar
dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi
daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang,
parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan.
Sebaliknya,
ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar UMNO
di dengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin2 dari sebuah parti
yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!
Ini
pandangan saya mengenai PAU 2011. Ramai sudah pulang ke kampong
halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih
tingal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri
duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.
Apa
sebetulnya yang mahu di cerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan
pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan
kesejahteraan negara keseluruhan nya?
Tidak
ada benda2 ini. Yang ada yang di cernakan ialah perkara perkara yang
menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan UMNO yang di sifatkan sebagai
askar barisan depan UMNO di tanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang
Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan di
rampas, kuasa mereka akan hilang, lambang2 budaya Melayu seperti
insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya.
Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.
Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.
Perkara
yang paling di fikirkan oleh pimpinan UMNO ialah sama ada para
perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat
yang di nyalakan selama mereka berkampung disini. Bolehkah rasa cemas
yang di cipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita2 yang menyeramkan
mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci
yang di di tanam, dapat mengekalkan momentum askar2 barisan depan UMNO
tersebut?
Pengekalan
rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan UMNO. Jika api
rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, UMNO akan berada dalam
bahaya. Jika perasaan itu terus membuak buak, maka UMNO ada peluang
terus hidup.
Apakah
yang akan di lakukan supaya perasaan tersebut di kekalkan? UMNO ada
Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan sieged
mentality Melayu berterusan. Maslan akan menjaja kesana sini bagaimana
Islam terancam, orang Melayu berduyun duyun di kristiankan.
Kesemua
alatan media pandang dengar dan penulisan akan di gembelingkan untuk
menanam rasa benci , cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam
bulan2 yang akan datang, kita akan lihat pimpinan UMNO akan menjadi
lebih bingung, bernada bermusushan dan rasis. Semua pemimpin UMNO akan
mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang
Melayu, bangsa bangsa lain di ketuai oleh komrad Guang Eng and Kit
Siang, di sokong oleh Mulla Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari
gayboy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa
orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan
memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan di paksa membeli coli RM 26
ribu, lembu2 di hantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu
kota.
Untuk
mengelak ini semua, UMNO mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak
orang Melayu!. Kita akan lancarkan projek2 raksasa untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek2 tersebut sesame sendiri
supaya ianya kekal di kalangan baka UMNO yang tulin.
Apa
ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara
yang bercakap besar mengenai mengujudkan demokrasi yang terbaik di
dunia.
Tapi
apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong UMNO
yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?
Ada
mereka fikirkan dan kisahkan apa yang di bahas dalam dewan? Rasa nya
mereka tak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di
ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada
rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau UMNO tidak jadi kerajaan, PAU
mesti di adakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang di
anggap telah menyebabkan kekalahan UMNO.
Bagaimana
kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah UMNO nampak dalam keadaan
cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan
kemas. Almaklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan UMNO.
Seperti
biasa, isiu berat tidak mahu di bahas oleh perwakilan. Isiu ekonomi
apatah lagi- ianya pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai
perkara yang berfakta. Tak boleh nak mempukimak, membangsat, melaknat.
Tidak boleh juga hendak memondan dan membapuk walaupun ada menteri yang
di atas pentas itu menteri ow ow.
Lebih
baik bercakap apa yang mahu di dengar oleh para perwakilan. Perwakilan
mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi
maksum, Malaysia akan mati tanpa UMNO dan sebagai nya. Perwakilan nak
dengar kita memukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan
seumpamanya.
Dan
oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan
membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya
pasti lebih mahal, kerana tetek nya lebih besar dari tetek Shahrizat.
Jadi perbahasan wanita UMNO 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz
coli dan tetek.
Kita
jangan hairan lah dengan cakap besar dan bong ( kata orang Pahang) para
pembahas UMNO. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Dan apa hal pula
tiba2 dengan baiah? Dengan bangga nya, pimpinan UMNO berkata ini
bersejarah kerana kita buat baiah. Sebetulnya, apabila sudah sampai pada
tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk UMNO. Sebab
ianya bererti dalam UMNO sudah tidak ada lagi orang yang boleh di
percayai. Tidak lah salah jika orang mengatakan sifat umum UMNO ialah,
ianya parti orang tidak boleh percaya lagi.
Baiah
apa yang digemburkan oleh UMNO? Baiah yang berkesan hanya baiah yang
ada gambar Seri Paduka Agung itu. itulah baiah ahli UMNO.
Orang
yang tidak faham saikoloji orang UMNO akan mentafsir nya, sebagai semua
sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi
ialah, perwakilan UMNO bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik di
tunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden UMNO. Mereka
bercakap macam orang sudah miring otak.
Tidak
masuk akal DAP mahu mengkristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun
bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh,
sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang
Melayu bersusun susun murtad? Jika demikian, amat lemah sekali aqidah
orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti di
persalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi
kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak di bahas?
Islam
sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di
Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu.
Siapakah
yang bertanggung jawab kepada orang Melayu selama ini? jawab nya UMNO.
Mereka mendakwa mereka lah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku
mesti datang dengan tanggung jawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan
dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahan nya terletak kepada yang
mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu.
Sejak
bila peringkat tertinggi UMNO pandai berbaiah? Main sumpah2 ini berlaku
di peringkat UMNO bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing
sumpoh sumpoh dok eh? Guana mu jjadi gini awang wei? Brayuk mok!
Dan
apabila UMNO sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri- itu
tanda UMNO sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain.
Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam UMNO
bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh
pengikut nya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yassin.
Dan
saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang orang yang
menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat
sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presden
UMNO kali ini mengalahkan ucapan presiden PAS dengan selingan ayat2
Quran. Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia
kata pembacaam Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama
untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh UMNO yang
menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda
UMNO.
Sudahkah
kita memikirkan kesan negative akibat bersumpah dan berbaiah dan
menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, UMNO boleh
di kalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi
kepada pemimpin. Orang UMNO tidak percaya mempercayai satu sama lain.
Saat kehancuran sudah hampir.
Di
luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing2- mereka akan
bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan
bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus
operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat
leher memekik agenda Melayu- agenda sebenar yang mereka kejar ialah
mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat.
Ahli
UMNO dan orang Melayu bukan lah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu
banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulit
nya sama hitam macam kulit Zambri Kadir akan tertawa ke bank dengan
kontrak membekal ambulance ke kementerian kesihatan. Itu dia dapat
secara runding terus. Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan
daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan tuan, ramai mamat
UMNO yang terlibat dalam scam membela lembu ini. sebab itulah ramai
yang bermatian mempertahankan isiu lembu ini.
Yang
haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama
kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak
dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita
mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka
orang pun akan memaki kita.
No comments:
Post a Comment