Assalamualaikum Wb
Muslimin muslimat yang dikasihi
Pengenalan Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012
Majlis ini ilham dari AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ( PPT -Kedah) dari persatuan pelajar Tn Guru Hj Salleh Musa .
Kemudian kami berbincang dan Alhamdulillah , Allah temukan kami dengan seorang dermawan dari Singapura bersama rakan beliau membantu menyumbangkan sumbangan untuk majlis ini . Kemudian kami bergabung dengan AJK Surau Pewaja .
MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Pada 1.1.2012
Hari Ahad
Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman
Jam 6.30 petang hingga 11.30 malam
Pengenalan majlis
Majlis ini khusus untuk memberi tempat kepada para ULAMA THURATH , Ulama yang benar-benar alim dan menguasai kitab muktabar terutamanya Tuan-tuan guru disekitar Kedah dan Fathani .
Ramai ulama Muktabar di Kedah , mereka sudah berusia emas , maka kita perlu utamakan mereka kerana mereka permata ummah yang banyak berjasa kepada Islam dan masyarakat .
diantara mereka
Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya
1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .
Insyallah kita akan menjemput Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa
Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .
Kami AJK Program berharap dengan program ini , masyarakat akan sedar peranan ulama Thurath , ulama yang sentiasa mengajar kitab muktabar pada masyarakat kita , kini masyarakat sudah lupa peranan ulama . Masyarakat hanya agungkan penceramah yang kurang mantap ilmu mereka , masyarakat agongkan ahli politik dan pemerintah Sedangkan Ulama Pewaris Anbia dilupakan .
Ulama tua diketepikan , sedangkan mereka sudah berusia emas . Kita harus bangun dan berkhidmat kepada mereka supaya masyarakat dapat membezakan antara permata dan kaca .
Tuan Guru Pondok , mereka sangat alim dalam bidang ilmu syara Tauhid , Fekah , Tasauf , Tafsir . Hadith , Nahu , Saraf , Bayan , Mantiq , Usul Fekah , Usul Hadith , Usul Tafsir , kawafi dan belasan ilmu kaedah arab yang mereka kuasai , maka marilah kita ambil menafaat dari mereka , mereka sudah tua , jangan kita menyesal kemudian hari apabila mereka sudah tiada .
Maka atas kesedaran ini kami AJK Program mengambil keputusan untuk mengadakan majlis Mahabbah Bersama Ulama Thurath ini .
Harap masyarakat beri kerjasama dan sokongan pada usha ini .
Doa saudara diperlukan .
Disediakan oleh : Tim Pengarah Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012
013 4044259
No comments:
Post a Comment