Thursday, December 1, 2011

PIHAK KETIGA PENENTUAN PRU (13) kata dr.asri









Pihak ketiga atau ‘third force’ dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang ‘mesra’ dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.

Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.

Saya melihat suasana perhimpunan Umno kali ini ada ‘ketegangan perasaan’  memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika Umno gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.
Kebimbangan itu dilahirkan sama ada untuk menjadikan ahli-ahli Umno lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat ‘merah’ yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.


No comments: