Tuesday, December 6, 2011

TAK KENAL PUN SAPA PEKIDA


KEMANA PERGINYA PERKASA ?


PM ikrar bantu PEKIDA kerana sokong BN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam.

"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir.

NONEBagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran.

Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu.

1 comment:

ainhany said...

salam ayahanda,

TAKBIR !!!!