BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Monday, January 14, 2013
BARU NAMPAK KEMATANGAN PASUKAN POLIS KITA
PASUKAN POLIS MATANG = PESERTA HKR112 PUN MATANG
Komen saya : Helmi Assyafie.............Orang kanan TG Haji Salleh Musa
HKR 112 berjaya satukan masyarakat Malaysia dalam perjuangan menuntut keadilan yang dianjurkan oleh Islam . Pelbagai latar belakan masyarakat datang dengan wang sendiri hingga dapat menghimpunkan ratusan ribu orang , saya anggarkan lebih dari 150 ribu yang hadir semalam, semua sanggup korban masa , tenaga dan wang demi perjuangan demi untuk melihat Malaysia diperintah dengan adil .
Pelbagai tuntutan dari pihak BERSIH , ROYELTI , LYNAS , FELDA dan lain- lain tuntutan tidak dihirau kerajaan sekarang , maka sudah tiba masa seluruh masyarakat bersatu bangun menentang kezaliman ini dengan menukar kerajaan dari BN kepada PR .
Himpunan HKR 112 menunjukkan rakyat Malaysia sudah matang politik dan tidak akan termakan degan dakyah pembohongan pemerintah , rakyat sudah muak dengan pembohongan media pemerintah . Rakyat sanggup bekorban apa sahaja demi melihat Malaysia Bersih dari dikhianati pempmpin BN .
HKR 112 sangat Aman
Ini disebabkan rakyat Malaysia cinta keamanan kedamaian dan keadilan .
Sebelum ini sebab utama kekecohan disetiap himpunan PR disebabkan Najib bersama Hisyamuiddin mengarahkan pihak polis bertindak ganas kepada rakyat seperti menembak gas pemedih mata , buat sekatan dan sebagainya . Lihat jika tiada semua arahan dari pihak atasan maka himpunan berjalan dengan sangat lancar dan terbaik .
POLIS pun tidak perlu susah payah mengendalikan tugas , saya lihat wajah Polis sangat tenang dan ceria semalam berbanding dengan perhimpunan- perhimpunan mega yang lepas .
Peniaga puan turut gembira semalam , ramai peniaga buka suara semalam " Andai himpunan seperti ini kami amat gembira sebab kami dapat cari makan lebih , jika dua hari lagi berhimpun pun tak apa, sebab kecoh adalah berpunca dari keganasan polis atas arahan pemimpin BN "
Saya menyeru masyarakat terutamanya orang Melayu yang tegar sokong UMNO /BN bukalah minda anda demi masa depan kita bersama .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum Ayahanda
Tahniah pasukan Polis
Post a Comment