Saturday, January 12, 2013

PENIAGA UNTUNG HARI NI HRK112



Saiz Teks: A A A

HKR: Peniaga untung, makanan ‘sold out’

KUALA LUMPUR 12 Jan: Tuduhan Umno BN sebelum ini mengatakan para peniaga rugi apabila berlangsungnya perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sama sekali meleset.
Buktinya, pagi-pagi lagi kebanyakan premis restoran dan warung tepi jalan dipenuhi peserta  Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk bersarapan sebelum ke Stadium Merdeka.
Malah mereka juga turut menerima pelanggan di kalangan pemimpin.
Ia turut dialami Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini ketika mahu bersarapan pagi tadi.
“Roti canai dah habis bila kami sampai di gerai ni (Kelana Jaya). Gerai penuh dari pagi. Himpunan aman tak buat peniaga rugi,” tulisnya di twitter.

No comments: