Wednesday, January 16, 2013

ISLAMIK KAH BILA MEMPERDAYAKAN UMAT ISLAM ?





Kenyataan Majlis Syura berkenaan Isu Kalimah Allah:Impian Umno Perdaya Umat Islam Ranap

E-mail Cetak PDF
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dato' Nik Muhammad Zawawi Salleh
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang pilihanraya umum ke 13 untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Yang terbaru ialah berkenaan isu yang berkaitan kalimah Allah. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara lansung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU ke 13.
Maka terserlahlah kepada rakyat Malaysia bagaimana peranan Umno yang cuba memecahbelahkan umat Islam melalui tindakan terdesak memutar belitkan kenyataan Dato' seri Tuan Guru Presiden PAS walaupun mereka tahu sebenarnya tiada percanggahan yang wujud dalam kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Presiden dengan mana mana pimpinan PAS.
Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalah ertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita -cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS.
Dengan kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS ini juga, ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS tidak berbeza pandangan berkenaan Isu kalimah Allah ini,sebaliknya ianya saling melengkapi di antara satu sama lain. Huraian Tuan Guru Presiden PAS berkenaan penggunaan kalimah Allah di dalam Al-Quran telah secara sengaja difahami luar daripada konteksnya yang sebenar oleh Umno BN untuk memperdayakan Umat Islam negara ini. Namun rakyat Malaysia sudah pun cerdik menilai siapa Umno yang sebenarnya.  Umno sekali lagi terpaksa 'gigit jari'.
Seluruh Umat Islam di negara ini amat mengetahui tentang sumbangan PAS  terhadap Islam dan amat arif tentang kegagalan Umno untuk memartabatkan Islam di negara ini.
Dewan Ulamak PAS amat yakin bahawa Allah pasti akan menolong hamba-hambaNya yang ikhlas memperjuangkan Islam dan akan menggagalkan perancangan sesiapa sahaja yang cuba memecahkan perpaduan di antara Umat Islam khususnya di negara ini.
Berkenaan isu amanat Tuan Guru Presiden, Dewan Ulamak PAS mendesak supaya TV1 dan TV3 memberikan ruang kepada Tuan Guru Presiden untuk memberikan penjelasan sekurang-kurangnya satu jam kepada beliau. Sekiranya kerajaan enggan untuk berbuat demikian, kami yakin InsyaAllah Umat Islam negara ini akan menghukum kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang setelah Tuan Guru yang disayangi oleh seluruh umat Islam negara ini diperlakukan dan dizalimi sedemikian rupa.

No comments: