Saturday, January 12, 2013

HKR 112.......MULA BANJIRI KL


Penyokong Pakatan mula banjiri KL

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.



NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Asal jgn ada yg cuba membuat provokasi pasti semua akan berjalan lancar...

Di JB ini ayahanda sejak semalam lagi jalan asal menuju utara aje ada block. Kami yg nak balik kerja pun tersekat sama..