Monday, January 14, 2013

HKR 112 BERSAMA TG HAJI SALLEH MUSA SIK


ALLAHUAKBAR


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAncHiWDjl-64SS3E-_aRxpdx6B3UGaVN591Rr1e2-jeFZ4YLw9aldRTfozmWciArTPqc6rEsovfvuv6InzqXBfoiQ3kLbcUfpySGivcbBUw7edWXE6M4n2qO8I25IWNq-7R369DT2Gfw/s1600/217880_468014883246416_1529426998_n.jpg

Alhamdulillah Tuan Guru Hj Salleh Musa tiba di Pondok Ar Rahmaniah jam 2.30 pagi semalam .

Setelah selesai menyertai HKR 112 Tuan Guru bersama sama rombongan bertolak dari Hotel Zon KLCC ke Bukit Setonsa Selangor bagi memenuhi hajat Ajk masjid supaya Tuan Guru hadir sebentar di Masjid mereka untuk memberi tazkirah serta mendekati masyarakat setempat dengan ulama , walaupun keletihan Tuan Guru tetap mampu memenuhi hajat mereka.

Tuan Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun tetapi sangat semangat berjuang . Setelah selesai kuliah jumaat kami rombogan Tuan Guru bertolak ke KL jam 6 petang (11.1.2013), Alhamdulillah sampai jam 1 pagi dan terus ke Hotel Zon berhadapan KLCC.
Kemudian setelah solat subuh( 12.1.2013) Tuan Guru Rehat sebentar . Jam 8 pagi setelah sarapan pagi ramai murid Tuan Guru datang ziarah Tuan Guru di Hotel .
Kami begerak dari Hitel Zon ke Masjid Negara jam 12 tengahari. Apabila sampai di Masjid Negara tidak sampai 20 minit maka azan berkumandang .Kami solat Zohor berjemaah ,setelah selesai solat Zohor Tuan Guru Hj Salleh pimpin Munajat Kas HKR 112.

Setelah Solat Hajat , Tuan Guru Hj Salleh dikawal lebih dari 15 orang pengawal pengiring beliau, kami begerak ke Stadium Merdeka . Sausana amat sesak dengan ratusan ribu orang ,kami meredah orang ramai , dengan bantuan Allah kami sampai di Stadium akhirnya .Tuan Guru bersama pimpinan berada dipentas utama .

.......................

Komen Tuan Guru Hj Salleh mengenai HKR 112

Tuan Guru menyampaikan kuliah maghrib malam ini dan berkata :

" SAYA sebenarnya bukan larat begitu juga Nik Aziz (Tn Guru Nik Aziz) , kami bukanya larat , lihat Nik Aziz (TGNA) dia bertungkat tetapi kami tetap hadir sebab tanggungjawab perjuangan , saya bukan dapat gaji bukan ada jawatan tetapi saya sedar ini tanggungjawab saya , perjuangan tanggungjawab saya maka kami sebagai Tok Guru mesti tunjuk contoh supaya orang muda naik semangat untuk berjuang demi keadilan dan demi Islam . Islam hak kita tanggungjawab kita selamatkan agama kita , bangsa kita , negara kita dari kezaliman BN /UMNO . Kita berjuang untuk Islam , kita berjuang untuk zuriat kita kebelakang supaya zuriat kita tidak rosak seperti sekarang , jika kita biar UMNO/BN anak cucu kita nak jadi apa ? , kita bertanggungjawab "

Dalam masa yang sama Tuan Guru Hj Salleh Musa sangat gembira dengan kebangkitan rakyat dalam himpunan semalam .Beliau berkata " Himpunan semalam luar biasa lebih seratus ribu , ratusan ribu yang hadir menunjukkan pertanda akhir UMNO/BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini
Sambutan luar biasa , kebangkitan anak muda , semalam ramai anak muda solat jemaah di Masjid Negara , di Stadium , kita mesti dakwah mereka supaya mereka minat dengan agama , satu usah yang berjaya dan kita mesti kuatkan kerja kita untuk Islam . Rata -rata yang hadir dari pelbagai bangsa , semua yang datang kena zalim seperti Felda , Linas , Royelti dan macam-macam lagi , Insyallah doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah , Insyallah kita (PR) akan menang kali ini" .

Tuan Guru berkata lagi

" Kita ratusan ribu yang berhimpun pergi dengan duit ( wang ) sendiri , ini perjuangan kita , ini sumbangan kita kepada perjuangan , perjuangan kita bukan sia-sia sudah tentu ada ganjaran pahala disisi Allah . Saya letih berjalan dari Masjid Negara ke Stadium Negara lebih kurang 3.5 KM lebih tapi tak apa biar letih didunia senang di Akhirat , biar habis duit dan korban masa demi perjuangan Islam

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

moga Allah terus memberi kekuatan pada tuan guru, untuk menegakan agama Allah

Anonymous said...

pakai otak dah tua.