Saturday, September 6, 2008

APA MAKNA YAA-SIIN ?

TAZKIRAH………APA MAKNA YAA-SIIN ?


Surah yang banyak kita membaca ialah Surah Yaa-Siin. Itu sudah semua maklum.Musim peperiksaan kita baca, Musim haji kita baca, kat orang sakit kita baca ,di kubur kita baca , malam jumaat kita baca. Dok saja2 pun kita akan baca.Majoriti muslim boleh hafal Yaa-Siin.

Tak semua kita paham apa erti dan maksud kedua2 huruf tersebut ( sebagai akronim ).Jadi aku syok nak paparkan beberapa pendapat ulamak tulin tentang kedua huruf ini.Aku tak cedok pendapat ulamak2 bisu , depa ni ada kepentingan diri.Aku susunkan dibawah ni pendapat2 mereka.

1

Ia bererti sumpah yang dipakai Allah.

Ia kalimah nama2 Allah.

Ia adalah nama surah dari Al-Quran , semata2 nama surah.

Yaa bermaksud hai , dan Siin bermaksud penghulu.Jadi “Hai Penghulu”,iaitu Nabi saw.

Ia bermaksud “Hai Nabi ,penghulu segala manusia”.

Ia bermaksud “Wahai Manusia/Insan”.

Ia bermaksud “Wahai Muhammad” , nama lain bagi Muhammad.

Maknanya dalam pengetahuan Allah,ini pendapat Saidina Ali,tak perlu dikaji,yang perlu ayat berikutnya.

Bersempena dengan nama Nabi saw , dan satu lagi nama Nabi saw ialah Tho-Ha.Sebab itu di dinding Mesjid Nabawi di Medinah di tulis Yaa-Siin dan Tho-Ha.


2

Huruf2 yang Allah ikatkan menjadi akronim banyak terdapat dalam Al-Quran,selainnya Aliff –Lam-Minn , Aliff-Lam –Rho dan lain2nya.Dan selalunya selepas akronim2 itu akan tersusul pula ayat mengenai Al-kitab/Al-Quran.Maknanya Allah menyuruh kita mengkaji Al-Kitab.Kerana dah comform ia sebuah kitab ‘catalog’ untuk manusia hidup di dunia dan akhirat.Untuk buat pedoman.Supaya tak hilang pedoman Al-Quran lah tempat rojokan.Dan Nabi tafsirkan dalam Hadis2nya pada mana2 yang terhindar kerana kebodohan kita.Ia sesuai untuk semua zaman,malah diakhirat nanti kita akan diadili melalui Al-Quran.

WALLAHUA’LAM.

TAZKIRAH..........DULU,KINI DAN SELAMANYA IALAH AL-QURAN

TAZKIRAH……ALLAH CONFIRMED AL-QURAN ITU BIJAK


Baru2 ni sibok kita dengan sumpah.Sumpah manusia ialah sumpah palsu,ialah sumpah tipu-helah,ialah sumpah konspirasi,ialah sumpah sebelum dibicarakan yang belum dibedah siasat.Sumpah yang belum jelas kesahihannya.Manusia boleh bersumpah apa saja , sumpah boleh direka2,sumpah boleh dipaksa,kekadang bersumpah untuk menghilang tekanan.Tekanan jiwa memaksa seseorang bersumpah.Kanak2 hingga manusia dewasa suka bersumpah.SN Shahnon bersumpah PUK**** dalam novel satirenya berjudul SHIT.Kanak2 suka sangat bersumpah ‘panah lintar’.Ada orang dewasa bersumpah dengan menyebut nama2 alat kelamin. Bu*** hang,PE**** hang, KO** hang,KEL***** hang dan sebagainya.


Dalam Al-quran Allah bersumpah berbagainya untuk meyakinkan manusia.Allah tak malu bersumpah dengan makhluk2 kecil seperti lalat,semut.Dia bersumpah dengan masa.Wa Duha, Wal Asry, wal-Fajr dan sebagainya.Semua DNA nya dalam Al-quran.Dia bersumpah dengan huruf2.Dengan huruf Yaa dan huruf Sin,dengan huruf Tho dan huruf Haa , huruf Alif,huruf Lam,huruf Mimm,huruf Shod dan lain2nya.Selepas bersumpah,ayat yang diikuti ialah ayat yang memerintah tentang kebijaksanaan Al-Quran.Maknanya kamu tak bijak wahai manusia,yang bijak ialah Al-quran.Al-Quran bijak dari kamu.Allah yang confirmed kan begitu,jadi mengapa kita cuba lari dari Al-Quran ? Kita masih dok nak gunakan kepala hotak berselut kita.Al-Quran confirmed boleh selesai masalah,boleh selesai segala kerumitan,boleh membawa penyelamat,boleh memberi bimbingan,boleh membawa kebahagiaan,isinya sesuai pada semua zaman.Dan confirmed undang2nya akan di praktikkan di hari akhirat.Manusia akan diadili dengan undang2 Al-Quran.Berapa banyak manusia jadi syirik kerana membelakangkan Al-Quran.

Manusia banyak membazirkan waktu dan wang dengan kerja sia2.Menerokai angkasa lepas untuk mencari adakah sumber air di planet2 lainnya seperti marikh.Supaya manusia boleh hidup di sana.Al-Quran dah jelaskan bahawa adalah hidup manusia di bumi.Nabi Adam diturunkan ke bumi untuk menjadi kalifahnya.apa dok sibok nak pi hidup di marikh ? Dalam Al-Quran rahsia uranium untuk membuat tenaga nukliar pun ada.Tentera Abrahah pun telah menerima sasaran serangan nukliar dari burung2 Ababil.Sebab tu Iran berusaha2 bersungguh dengan uranium dan tenaga nukliarnya.Berapa banyak batu yang boleh kita ambil uraniumnya.

Yang sebenarnya dulu,kini dan selamanya ialah Al-Quran.


SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL-MUBARAK

DAIRY PRODUCTS....CUBA JAUHINYA

DAIRY PRODUCTS...JAUHILAH SEBOLEH2NYA


Aku terima sebuah emel yang kemukakan bahawa rakyat negeri China kurang mendapat penyakit2 kronic berbanding negara2 maju di barat.Alasannya ialah kerana mereka memakan banyak sayur2an dan banyak memakan ternakan2 peliharaan sendiri.Babi pun mereka kurang memakannya.Ternakan peliharaan secara komersial mendatangkan masalah kepada pemakannya,kerana ternakan2 itu ialah ternakan bermasaalah.Mereka tidak mendapat kebebasan hidup sebagai binatang.Kebebasan sebagai binatang tidak membinatangkan mereka.Berbagai tekanan yang mereka dapat yang kita tidak tahu.Punca tersebut akan membawa kepada manusia yang memakan mereka.Nafsu tertekan ,shahwat mereka tertekan,tiada ada kebebasan memilih makanan.Buli membuli berlaku dalam kelompok mereka.Dan berbagainya.

Aku mengikuti satu pengajian agama dan ustaz yang mengajar menceritakan perkara yang serupa.Tapi tidaklah mengenai orang negeri China.Dia cerita tentang kita dan pemakanannya menyebabkan kita jadi tak senonoh.Mengikutnya lembu susu menghadapi banyak tekanan dalam hayatnya.Tiada membinatangkan mereka sebagai lembu.Cara hidup,cara makan dan cara mereka dipaksa setiap hari mengeluarkan susu dengan bebagai suntikan ubat, membuat mereka tension.Dari susu yang tension itulah kita makan.Kita beri anak2 kita makan.Dan hasilnya apa yang kita lihat sekarang.Banyak hadis dan ayat2 Al-quran yang dia baca,yang aku tak upaya melanjutkan proof yang diutarakan Allah kepada kita.Tapi yakinlah Allah ,Dialah Maha Alim.Susu itu Cuma satu contoh,banyak lagi yang dia cerita.

Kalau makan babi,perangai jadi macam babi.Kalau makan benda haram dan dari punca yang haram,haram nak mudah masok syurga.Kena dibakar dulu sebagai rawatannya….nauzubillah.
CUBA LAYARI WEB INI..... http://www.meat.org/
http://www.peta.org/


MAKANLAH BENDA2 YANG BAIK,YANG HARAM ITU JELAS,YANG HALAL PUN JELAS DAN JAUHILAH YANG SYUBHAH

Thursday, September 4, 2008

TAZKIRAH..........THE PRAYER MAKE YOUR HEART RICH

SEMBAHYANG MEMPERKAYAKAN JIWA


Sembahyang itu amat banyak faedahnya, faedah sembahyang, dan sembahyang membukakan hati bagi orang yang papa.Papa ni ada dua, satu papa pada harta benda, ada orang yang papa pada jiwa, dua. Kadang-kadang harta benda dia banyak, duit banyak, harta benda cukup banyak, tapi jiwa dia papa, jiwa dia kosong. Maknanya bagi orang yang jiwa dia kosong, dia paham, dia buat apa pun rasa tak terisi, haa ni orang yang papa jiwa, sebab tu kita nak supaya jiwa kita ni jangan papa…Sebab tu disebut, "Laisa qhinaa maal kathrotil maal, laakin qhinaa qhinaa nafsi", bukan kaya orang banyak harta, kata Nabi, tu kita aja kata kaya, "Laakin qhinaa qhinaa nafsi", yang dikatakan kaya itu orang yang kaya jiwa. Orang yang kaya jiwa. Maknanya jiwa dia tak papa.
Jadi… sembahyang itu boleh mengkayakan jiwa, jiwa kita menjadi kaya, rohani kita kaya, perasaan kita kaya, kerana apa? Kerana kita orang yang sembahyang.



PERKAYAKAN ROHANI MELALUI RAMADHAN AL-MUBARAK

TAZKIRAH.......SEMBAHYANG ITU NUR

Sabda Nabi saw," Sembahyang itu nur".
Sembahyang-sembahyang itu cahaya, assolaatu nur, sembahyang itu cahaya, orang yang sembahyang, orang ni ada cahaya, ada nur, apa nur?


Pertama, nur pada wajah dia, orang sembahyang ni ada nur pada wajah dia, ada cahaya, benda ni benda bukan boleh buat-buat, Allah bagi dengan keikhlasan kita, tak payah duk pi sujud dok tenyeh dahi hari-hari bagi nampak hitam, kalau hitam pun hitam, kalau tak hitam pun takpa, Allah bagi nur.

Yang kedua nur pada hati, nur pada hati dia bercahaya, jadi ni lah orang yang memelihara sembahyang, bukan sembahyang saja, dia jaga sembahyang.
Jadi maknanya kalau jaga sembahyang kena jaga macam-macamlah, bukan boleh jaga sembahyang saja. Kalau kita nak jaga sembahyang kita ni, biaq tumpu, biaq khusyuk… makanan kita kita kena jaga, jangan duk makan benda-benda haram, jangan duk makan benda-benda syubhah, jangan. Pakaian kita pun kena jaga, jangan boleh timbul fitnah pada orang. Hati kita pun kena jaga, jangan duk sangka buruk kat orang. Tingkah laku mata kita jangan duk tengok benda-benda haram, telinga kita jangan duk dengaq, baru orang panggil, baru sembahyang kita ni boleh tumpu, baru boleh jadi baik… Amanlah kalau orang boleh jaga sembahyang, boleh jaga kesemuanya sekali, itu namanya sembahyang itu nur, cahaya, Allah bagi cahaya…


SEMOGA RAMADHAN MEMBAWA MANFAAT

Wednesday, September 3, 2008

THIS WHOLE WORLD IS A SHIT ?

SATU DUNIA DAH PENOH DENGAN KEJAHATAN


Sekali imbas begitulah sebenarnya . Malah ditempat sendiri pun bercambah dengan kejahatan . Kalau di negara2 barat hebatnya dah tak diambil kisah lagi. Setiap saat ada saja kes2 jenayah berlaku. Bukan saja satu kes satu saat,malah dah berganda.Semua itu dah Nabi beritahu 1400 tahun dulu lagi.Dok timbul satu lepaih satu , hanya perkara2 besar saja menunggu giliran.Manusia didalam kelalaian,dan Allah akan cekop semasa dok lalai sebegini.


Buka TV,24 jam penuh dengan maksiat.Dalam beribu2 channel,sukar nak cari yang baik.Baca suratkhabar pun begitu,bagai2 buruknya.Pi stadium bertemu beribu2 orang tak sembahyang.Di taman bunga,penuh dengan couple merendek secara terbuka.Di kedai makan ada juga makan secara terbuka walaupun dalam bulan Ramadhan.Pi pasaraya,pi pasar ramadhan ,pi pasar sehari,masih banyak pompuan tak tutup aurat.Masih banyak kepala dogol.Yang gadis masih banyak pakaian ketat.Boleh nampak bentuk tubuh,bentuk buah dada,bentuk celah kangkang..Pungkor terkodek2 bila berjalan.Dah hilang pedoman.


Makhluk menzalimi makhluk sendiri.Kurang pengcegahan.YAB Lim Guan Eng pula pandai bersuara : Amal makruf ,nahi mungkar.Kita ada berbagai2 agensi keagamaan , tapi tiada roh dalam pelaksanaannya.Rogol dah jadi terang2an , zina bertaburan bukan saja dari golongan elit di hotel besar,malahan didalam belukar dan taman2 bunga meleleh keluar air mani.Meragut dan samseng jalanraya dah lama mengganas . Riba dan rasuah diamal , makin besar makannya, jutaan2 ringgitnya. Arak ditelan terang2an dan disponsor dalam temasya2 tertentu.Dalam bajet tak memberi penekanan secara total untuk membasminya.Perjudian pun bermacam2 caranya.Jualan langsung ada berbagai kerenahnya.Penipuan dan paksaan menjadi2.


Tunggulah rupa bala akan tiba,bila maksiat tak dicegah.Semuanya dari kejatuhan akhlak.Pemimpin dan rakyat mestilah berakhlak mulia.


Tak guna nak adakan koridor timur,barat ,utara dan selatan,selagi tak pupukkan akhlak mulia.Not worthwhile when we are against the laws of Allah.

Kalau masih haprak juga,hapraklah jadi di akhirat.
Jangan durhaka Allah.SELAMAT MEMULIAKAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Tuesday, September 2, 2008

MACAM-MACAM ADA !!!

Zaman la ni, zaman macam-macam benda jahat ada.
Tak macam zaman kita dulu, zaman kita kecik-kecik dulu, tapi yang tua-tua daripada saya lagi, jahat depa jenis lain.
Jahat panjat pokok, jahat lastik burung, jahat orang dulu-dulu, terjun ban, jahat orang dulu-dulu, jahat dia nampak tapi tak teruk sangat, paling jahat, curi padi orang… jahat curi ayam orang, telur ayam orang, setara tu aja jahat orang dulu-dulu.

Tapi jahat orang la ni eii…kita dengaq pun takut, dalam internet tu ada serba mak nenek, hak barat-barat, hak kristian-kristian duk mai macam-macam, hak kita panggil apa dia ni, black metal, ya Allah…jahat teruk.
Seronok sangat, orang-orang kita masuk, sapa? Anti agama, anti tuhan, sampai kutip quran-quran di masjid, bubuh satu tempat pakat kencing, pakat pijak, pakat berak, ni jahat yang cukup teruk, taktau nak habaq dah, jahat yang boleh jadi kafir, boleh jadi murtad,. ...nauzubillah


Risau, keluaq daripada rumah, macam-macam ada, dalam rumah, televisyen tu, macam-macam ada, sebab tu, kita gak kena tengok televisyen, tengok tu tengok sesuai dak benda ni anak-pinak kita tengok, tak sesuai jangan bagi tengok.
Kartun-kartun tu kena tengok, saya tengok kartun, sesuai dak anak kita tengok ni kartun nih, kadang dia buat kartun tu macam tuhan, boleh buat semua, boleh buat semua, haa tu toksah bagi tengok, mengarut…

Kita kena perhati, nak harap Lembaga Penapisan Filem, umph… kita ni kena tapis, macam-macam duk ada la, kena tengok sama cerita tu, sesuai ka tak sesuai.

Rakyat akan ikut agama pemimpin.Kalau pemimpin tu kuat agama,alhamdulliah. Uhh....kalau yang lintang pukang tu,habis rosak susu sebelanga.Seekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.

SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN AL-MUBARAK.

KHUSYUK KAH SEMBAHYANG KITA ?

1

Tanya kita sendiri, kita ni berjaya ke tak berjaya? Makna khusyuk ka tak khusyuk ka dalam sembahyang? Tak berjaya lagi?
Gagal, gagal apa? Syaitan boleh tawan hati kita, syaitan boleh tembus hati kita, kita tak berjaya.
Yang kata Allah, mukmin yang berjaya ialah yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, dia berjaya.
Kita nak bangga apa?, kita nak besar diri apa? kita nak sombong apa? Tak usah sombonglah, toksah banggalah, sembahyang kita pun teruk lagi, malu pada Allah Subhanahu Wataala, ni mengaji sikit berasa alim dah, toksah lah.
Buat amal ibadat sikit berasa dia amal ibadat banyak, toksah duk riak lah.
Allah kata apa, berjayalah orang beriman yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, check balik kat diri kita, sembahyang boleh khusyuk?
Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak, Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak.
2
Sebab tu sembahyang di rumah sorang-sorang tu tak patut dah, lebih-lebih lagi bagi orang yang tak khusyuk lagi tak patut.
Nak harap kita sorang, memang sembahyang sorang, lagi bercelaru… kena pulak kita ni, bukan orang ingat sangat,.
Sebab tu kita ni kalau kita sedar sembahyang kita memang dah teruk dah, kalau sembahyang di rumah sorang-sorang, lagi teruk, ajar sembahyang jemaah.
Kot boleh bantu sikit, kawan nuh khusyuk tang rukuk, kawan nih khusyuk tang sujud, kita khusyuk tang takbir, campur-campur ada la jugak, ni sorang, sorang lah…

3
Banyak lagi benda kita nak berjaya diri kita, harap-harap biarlah kita mati dalam keadaan sembahyang kita khusyu.
Sebab apa tak khusyuk? Dosa banyak, sebab tu kita tak khusyuk, kita dosa banyak, jiwa kita ni kotor, hati kita ni kotor.
Allahu akbar tak boleh tolong, ditutup dengan dosa, nak check darah tinggi doktor balut buh menatang apa, pam, pam-pam ha… tengok darah tinggi, ada takda, nak check panas letak tang dahi, tengok tera mana, nak check kencing manis, ha… check darah, ada kencing manis? Takdak.
Nak check dosa? Nak pam tang mana? Check dosa banyak sikit? Tak payahlah, Allahuakbar kalau khusyuk elok, alhamdulillah… dosa tak banyak, kalau Allahuakbar ingat serba mak nenek, dosa bercambah, senang ja, nak tau dosa banyak, dosa sikit, sembahyang, hari-hari boleh check.
Dosa kurang, insyaallah… boleh khusyuk.
4
Macam mana nak khusyuk dalam sembahyang?
Hang pi mengaji.
Kena mengaji bab dia, bab khusyuk.
Sekurang-kurangnya kita mengaji mengaji ni baru kita tau, sembahyang kita pun teruk lagi, kita rasa bersalah lagi, maka barulah kita tak sombong sangat, kadang syaitan ni mari berasa kita ni buat ibadah banyak sangat dah, berasa kita ni amal banyak sangat dah.
Padahal kalau check-check betul, buat betulla buat, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, tapi berjaya ka tidak?
Berusaha lagi, berusaha berusaha macam orang berniaga, lagi mana tak kaya, tak berjaya lagi, berusaha berusaha berusaha sampai dapat, sembahyang kita pun lagu tuh, berusaha berusaha berusaha smpai kita dapat khusyuk, insyaallah dapat.
Angkat takbiratul ihram seronok ja, sembahyang pun seronok ja, boleh mengadap Allah Taala, boleh bercakap-cakap dengan Allah Taala, boleh merayu merayu dengan Allah Taala, bermunajat dengan Allah Taala, munajat ni merayu, berbisik, memohon.
SEMOGA SEMBAHYANG KITA DAPAT MENCEGAH KEMUNGKARAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Monday, September 1, 2008

TUNAIKAN SOLAT

Ramai ni orang tak sembahyang ni… teman kita.. sebab tu kita turun bala macam-macam. Macam-macam bala terima. Allah Ta’ala bala yang tak sembahyang ramai. Suruhlah sembahyang.
Laa sapa yang nak suruh sembahyang? Tak ada orang nak suruh. Nak suruh benda lain, banyak. Mak bapa banyak tak suruh. Ketua kampung pun tak suruh orang-orang kampung dia sembahyang. JKK pun tak suruh orang bawah-bawah dia sembahyang. Wakil rakyat pun tak suruh orang-orang bawah dia sembahyang. Tak suruh setara mana. Tekan bab sembahyang tu tak ada.
Cuba pakat suruh.
Ni kerja JKK, projek longkang sana longkang sini. Titi sana titi sini. Bagus bukan saya nak tak suruh, buat pi lah yang tu, tapi cubalah mesyuarat sama macam mana kita nak buat, orang kita tak sembahyang ni.
Ketua-ketua kampung, wakil-wakil rakyat.. Itu amanah yang Allah terletak pada kita.. ambil tindakan, mesyuarat, bincang, jangan sampai tajuk sembahyang ni tak timbul langsung.

Tak kira..kena kata semua. Cuba mesyuarat sama bab sembahyang. Ni macam mana ni orang kita ni.. tak pernah mai surau, tak pernah mai masjid, tak pernah sembahyang ni, macam mana kita nak buat.
Tak adakah tindakan apa-apa. Takkan kita kerja nak bagi dunia aja kat depa. Akhirat macam mana. Esok Tuhan nak tanya jawatan yang Allah Ta’ala bagi pada kita, ni tak peduli. Nak peduli apa, ni kadang-kadang dia pun tak sembahyang!

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

KITA REJAMKAN NAFSU KITA

Kejahatan ni ada dua, kejahatan diri kita sendiri dan kejahatan syaitan. Yang payah sekali kejahatan diri kita. Apa kejahatan diri kita? Nafsu. Duduk pada kita.
Ni orang dok kata bulan Ramadhan syaitan kena belenggu. Syaitan kena tambat. Syaitan kena gari. Bulan Ramadhan.
Lepas pada tu sebab apa ada jahat? Dah syaitan kena tambat semua dah, moto-moto tinggallah kunci di moto tu. Tinggal kunci-kunci di kereta, siapa yang nak curi? Dah syaitan tak ada. Ha tinggal - cerah moto hang! Balik jalan kakilah jawabnya, walaupun bulan Ramadhan.
Sebab jahat ni ada dua. Yang pertama syaitan, yang kedua nafsu.
Nak masuk bulan Ramadhan, syaitan wasiat siap-siap kat nafsu, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni. Macam ni, macam ni.
Jadi, kejahatan yang ada pada diri kita sendiri ialah nafsu. Boleh buang dak nafsu? Tak boleh. Nak buang nafsu, kena mati, baru tak ada nafsu. Lagi hidup ada nafsu. Nak buat macam mana?
Didik dia bagi jadi baik.
Asuh dia bagi jadi baik.
Latih dia bagi jadi baik.
Itu nafsu. Nak buang dia tak boleh. Macam mana nak didik? Kena tarbiyah.


Antara tarbiyah nafsu, kita berpuasa. Tak makan. Nafsu makan ni. Tak minum. Nafsu minum ni. Tak bersetubuh di siang hari. Bersetubuh ni nafsu.
Tapi rejam dia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak. Mudah-mudahan selepas daripada Ramadhan, kita boleh control nafsu jahat kita. Nafsu jahat kita itu kita rejam di bulan Ramadhan.
Semoga di bulan Ramadhan ni kita mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK