Monday, September 1, 2008

KITA REJAMKAN NAFSU KITA

Kejahatan ni ada dua, kejahatan diri kita sendiri dan kejahatan syaitan. Yang payah sekali kejahatan diri kita. Apa kejahatan diri kita? Nafsu. Duduk pada kita.
Ni orang dok kata bulan Ramadhan syaitan kena belenggu. Syaitan kena tambat. Syaitan kena gari. Bulan Ramadhan.
Lepas pada tu sebab apa ada jahat? Dah syaitan kena tambat semua dah, moto-moto tinggallah kunci di moto tu. Tinggal kunci-kunci di kereta, siapa yang nak curi? Dah syaitan tak ada. Ha tinggal - cerah moto hang! Balik jalan kakilah jawabnya, walaupun bulan Ramadhan.
Sebab jahat ni ada dua. Yang pertama syaitan, yang kedua nafsu.
Nak masuk bulan Ramadhan, syaitan wasiat siap-siap kat nafsu, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni. Macam ni, macam ni.
Jadi, kejahatan yang ada pada diri kita sendiri ialah nafsu. Boleh buang dak nafsu? Tak boleh. Nak buang nafsu, kena mati, baru tak ada nafsu. Lagi hidup ada nafsu. Nak buat macam mana?
Didik dia bagi jadi baik.
Asuh dia bagi jadi baik.
Latih dia bagi jadi baik.
Itu nafsu. Nak buang dia tak boleh. Macam mana nak didik? Kena tarbiyah.


Antara tarbiyah nafsu, kita berpuasa. Tak makan. Nafsu makan ni. Tak minum. Nafsu minum ni. Tak bersetubuh di siang hari. Bersetubuh ni nafsu.
Tapi rejam dia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak. Mudah-mudahan selepas daripada Ramadhan, kita boleh control nafsu jahat kita. Nafsu jahat kita itu kita rejam di bulan Ramadhan.
Semoga di bulan Ramadhan ni kita mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

No comments: