Laa sapa yang nak suruh sembahyang? Tak ada orang nak suruh. Nak suruh benda lain, banyak. Mak bapa banyak tak suruh. Ketua kampung pun tak suruh orang-orang kampung dia sembahyang. JKK pun tak suruh orang bawah-bawah dia sembahyang. Wakil rakyat pun tak suruh orang-orang bawah dia sembahyang. Tak suruh setara mana. Tekan bab sembahyang tu tak ada.
Cuba pakat suruh.
Ni kerja JKK, projek longkang sana longkang sini. Titi sana titi sini. Bagus bukan saya nak tak suruh, buat pi lah yang tu, tapi cubalah mesyuarat sama macam mana kita nak buat, orang kita tak sembahyang ni.
Ketua-ketua kampung, wakil-wakil rakyat.. Itu amanah yang Allah terletak pada kita.. ambil tindakan, mesyuarat, bincang, jangan sampai tajuk sembahyang ni tak timbul langsung.
Tak kira..kena kata semua. Cuba mesyuarat sama bab sembahyang. Ni macam mana ni orang kita ni.. tak pernah mai surau, tak pernah mai masjid, tak pernah sembahyang ni, macam mana kita nak buat.
Tak adakah tindakan apa-apa. Takkan kita kerja nak bagi dunia aja kat depa. Akhirat macam mana. Esok Tuhan nak tanya jawatan yang Allah Ta’ala bagi pada kita, ni tak peduli. Nak peduli apa, ni kadang-kadang dia pun tak sembahyang!
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
1 comment:
JKK sendiri tak pernah nampak batang hidung di surau. inikan pula nak suruh orang semayang.
Post a Comment