Tuesday, September 2, 2008

MACAM-MACAM ADA !!!

Zaman la ni, zaman macam-macam benda jahat ada.
Tak macam zaman kita dulu, zaman kita kecik-kecik dulu, tapi yang tua-tua daripada saya lagi, jahat depa jenis lain.
Jahat panjat pokok, jahat lastik burung, jahat orang dulu-dulu, terjun ban, jahat orang dulu-dulu, jahat dia nampak tapi tak teruk sangat, paling jahat, curi padi orang… jahat curi ayam orang, telur ayam orang, setara tu aja jahat orang dulu-dulu.

Tapi jahat orang la ni eii…kita dengaq pun takut, dalam internet tu ada serba mak nenek, hak barat-barat, hak kristian-kristian duk mai macam-macam, hak kita panggil apa dia ni, black metal, ya Allah…jahat teruk.
Seronok sangat, orang-orang kita masuk, sapa? Anti agama, anti tuhan, sampai kutip quran-quran di masjid, bubuh satu tempat pakat kencing, pakat pijak, pakat berak, ni jahat yang cukup teruk, taktau nak habaq dah, jahat yang boleh jadi kafir, boleh jadi murtad,. ...nauzubillah


Risau, keluaq daripada rumah, macam-macam ada, dalam rumah, televisyen tu, macam-macam ada, sebab tu, kita gak kena tengok televisyen, tengok tu tengok sesuai dak benda ni anak-pinak kita tengok, tak sesuai jangan bagi tengok.
Kartun-kartun tu kena tengok, saya tengok kartun, sesuai dak anak kita tengok ni kartun nih, kadang dia buat kartun tu macam tuhan, boleh buat semua, boleh buat semua, haa tu toksah bagi tengok, mengarut…

Kita kena perhati, nak harap Lembaga Penapisan Filem, umph… kita ni kena tapis, macam-macam duk ada la, kena tengok sama cerita tu, sesuai ka tak sesuai.

Rakyat akan ikut agama pemimpin.Kalau pemimpin tu kuat agama,alhamdulliah. Uhh....kalau yang lintang pukang tu,habis rosak susu sebelanga.Seekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.

SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN AL-MUBARAK.

1 comment:

al-subki said...

Nak dapat pemimpin yang bagus pun kena tengak masyarakatnya jugak.

Jika teruk masyarakatnya, maka teruklah juga pemimpinnya. Jangan lupa pak cha, pemimpin yang ada sekarang pun rakyat juga yang pilih.


Selamat berpuasa pak cha..