DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Kata orang2 tua ( yang dahulu dari kita) , nak bagi sihat persahabatan lama dieratkan.
Memang pun dan aku dapat rasai sendiri bila kekawan lama dihampiri.
Petang ini Cikgu Ramli Ayub dan isterinya mai ziarah aku pula....alhamdulillah.
Depa lebih muda dari ku, dan belum lagi bersara.
Dulu sama2 mengajar di Sekolah Menengah Sik.
Yang tak dapat dilupai ialah perkahwinan mereka diadakan di sekolah.
Tuan Pengetua arwah Cikgu Harun Rejab ialah perancangnya.......pengantin baru ini disambut ke kuartersnya...........kami sibok membeli tilam dan katil baru........belum lagi berlaku dalam sejarah.............Tok mertua ( cikgu Harun) kerenyeh hampir seminggu kerana seronok dapat sepasang menantu ( lelaki dan pompuan).
Tu gambar menantu Tuan Pengetua cikgu Harun Rejab.........Ramli dan Norida......bahagia dan tak berapa hari lagi akan dapat menantu juga.....Tapi sayang cikgu Harun baru meninggal beberapa bulan dulu.
Kalau nak cerita pasai dua sejoli ni banyak sangat.........waktu itu mereka guru muda .
Yang ajaibnya aku baru teringat bahawa aku bermimpi pergi ke rumah depa beberapa malam dulu......rupa2nya terbalik kisahnya.Anyhow , thank you for coming to srengenge.
Salam melebar senyum.............srengenge cuma menanti esoknya
2 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
mereka dtg tu nak menjemput ler
Wassalam
Assalamualaikum tuan,
Kemeriahan majlis perkahwinan cg.Ramli masih segar dalam ingatan kami.Cg.Ramli amat disenangi oleh semua guru dan murid,sentiasa mengukir senyum.Seorang setter team Volleyball setaf SMSik.Guru koperasi sekolah yang banyak 'menolong' guru2 lain.Yang seronok sekali beliau penyokong kuat Rumah Langkasuka.Wassalam.
Post a Comment