ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina | |||
|
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
- Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
- Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.
3 comments:
salam ayahanda..kalau macam nilah akan bertambahlah masalah sosial yg dah pun terlalu banyak sehingga kita tak tahu nak buat apa..nampak gaya nanti akan ada kawasan dimana pelacuran boleh dibuat dan halal dari segi undang2 negara macam apa yg berlaku diindonesia..takutnya makcik akan bala yg Allah akan turunkan kerana kita semua akan tempias juga..
Salam ayahanda,
Saya hairan, siapakah penasihat kpd Najib. Kalau Najib tak reti agama kita fahamlah, tak kan penasihat2nya juga dangkal agama. Ahli agama diJPM yg lantang membicarakan perkara remeh temeh langsung kelu. Inilah "setan2 bisu" yg disabdakan oleh Nabi s.a.w. Pada Mashitah x yah tanyalah nanti bertambah kalut. Perkara yg diharamkan Allah dia beri halalkan. Jamal Khir lagi penakut, jadi menteri x yah bertanding pilihan raya. Banyak cakap nanti melayang.
tunggu lah saat kehancuran
Post a Comment