Saturday, October 9, 2010

PERSATUAN GURU BERSARA KEDAH........N3 KEDUA

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Salam alaih..........pi mesyuarat bukan nak rugi....boleh jumpa kawan2 lama......kalau nak kunjung kat umah depa payah sikit dan memakan masa..........di sini semua boleh jumpa.....lepas tu tak susah nak sedia makan minum,semua disedia oleh persatuan.....jangan tunggu mati.....dan cara jalin salitulrahim ni menyehatkan badan............badan sihat bila minda tu sehat.

Aku dan cikgu A.Majid usung cikgu Abdullah dalam gambaq ni naik kereta pi mesyuarat.......umuq dia dah 79 tahun,dan ada beberapa keistemewaan untuk orang lanjut usia.Tiap hari makan ubat segenggam........Pak lah cakap kalau depa tambah duit pencen , belanja beli ubat tu boleh dibereskan.
Habuan aku boleh berjumpa kawan lama ni..........50 tahun tak pernah jumpa.....dia tak kenai aku,aku pun tak kenai dia.........bertegoq sapa di meja makan,baru tau hang lah Ma'asum....nak teriak rasa hatinya.....tak caya tengok mukanya.


Salam melebar senyum............srengenge cukup yakin tentang hadist menjalin salitulrahim.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Semasa bertugas diSik dulu,kami mempunyai nama yang sama, nama isteri yang sama, tinggal dikampung yang sama dan menjawat profesyen yang sama.Orang cari rumah dia,mai rumah saya dan sebaliknya.Siapa kami ?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam tuan anonymous,

Tak lain dan tak bukan cikgu Lah yang dalam gambar di N3 ini.