Saturday, October 9, 2010

PERSATUAN GURU BERSARA KEDAH...........N3 PERTAMA

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Insyaallah akan ku buat 6 entri (N3) pasai Mensyuarat Guru2 Bersara Kedah yang berlangsung hari ni di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama,Persiaran Sultan Abdul Hamid ( dulu dikenali sebagai Jalan Pegawai).

Majlis dirasmikan oleh Dato' Latt Shariman cucunda bapak guru diKedah ,iaitu Cikgu Othman Hanafiah.Cucunda Dato' Latt Shariman Abdullah turut terharu kerana tokwannya lah yang mencetuskan idea penubuhan persatuan ini.Bahkan PGMK dan Syarikat Guru2 Melayu Kedah Pak Man lah juga berganding bahu dengan Pak Man Agong( seorang lagi Pak Man) memperkuatkan kedudukan guru2 Melayu ketika itu.

Aku pun rapat dengan kedua2 Pak Man ni.Kalau pi Alor Staq aku mesti singgah di mesjid Akar Peluru.Pasai boleh jumpa Pak Man berjemaah di situ.Rumah dia berhampiran mesjid.Cakap sikit2 dan ada kalanya dia jemput pi minum ayiak.....orangnya cukup mulia.Masa tu kalau guru tak kenai Pak man,memang hapraklah cikgu tu.
Inilah banner mesyuarat yang terpanpang di dewan sekolah.

bersambung di N3 ( entri ) yang kedua.

Salam melebar senyum................srengenge pi sebuah kereta dengan kekawan dari Sik.

1 comment:

Anonymous said...

assalam...macam mana nak dapatkan contact number persatuan ni?