DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA
Hari ni kami bergotong-royong menyediakan kenduri perkahwinan Tok Wan Leh di kediamannya.
Ni gambar anak teruna Tok Wan Leh yang akan berkahwin hari ni.............kami ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU .............dah 2 tahun hidup sebagai duda.......susah nak makan dan nak jaga rumah.....nak cari jodoh pun susah juga.Yalah pasangan hidup katakan.
Pak Leh berseloroh denganku "Jangan balik, tunggu Pak leh bawa balik anak dara nanti.Ambik gambar kami berdua pula"............insyaallah.
Kemah jamuan pun dah kami siapkan.
Ini ialah petugas2 muda dari Surau Al-Rahmaniah di ketuai oleh Ustaz Hilmi dan Ustaz Dinial.Selepas mengaji nahu mereka terus ke sini.Berkawan dengan depa lebih cepat kita mengenali Allah.
Haji E dan Ustaz Najib dok gossip............mesti pasai lembu,sebab Ustaz najib ni tauke lembu/kerbau......cari banyak ekor sikit ustaz,musim raya haji dah hampir.Dalam kawah di belakang tu ialah daging rebus,nak dicicah dengan ayiak asam.
Tu pak lah anak angkat Tok Wan Leh..............dah 2 tahun sibok dok cari calon isteri Pak Leh...........lepas sorang,sorang.........dekat2 nak jadi,lepas tu tak jadi.......inilah calon yang kedua-belas.........kalau tak jadi juga, kami dah berpakat nak mandi bunga kat tok Wan Leh....nak kutip 17 jenis bunga nak mandikan Tok Wan Leh......nak buang geroh.
Orang2 pompuan sanggup memberi kerjasama membuat persiapan jamuan kenduri.........depa juga mesti dok berbisik pasai kawin.
Pak Ya pun salah seorang yang bertanggung jawab dok cari pasangan untuk Tok Wan Leh.Sedang dok makan kenduri sambil mengenangkan beberapa peristiwa mencari calon isteri..........hari ni tugasnya selesai.Moga Pak Leh bahagia.
Salam melebar senyum............srengenge dok tunggu calon bidadari.
3 comments:
mana anak daranya.... ..
Salam chik att,
Belum akad nikah lagi.
Dok cari wali pi toreh getah , belum balik lagi.
Kami makan kenduri dulu.Bila jumpa wali, anak dara pun belum bersolek lagi.Kerenah orang2 tua ni macam tu lah.......hebat dari budak kecik.
Dok bersiap dari pagi,petang baru selesai.Tok imam pun dah maklum dengan kerenah orang tua ni.....tok imam pun sama tua dengan anak teruna.
Ayah balik awal.....tak tunggu anak dara mai.
Assalammualaikom ayahda, apa kbr? semoga sihat selalu ya. MI selalu tgk blog ayahda, tapi tak sempat nak coment. Allhamdullah bertemu juga jodoh akhirnya ya...Semua kuasa Allah. Hebat Allah.
Ayahda jaga diri, jaga kesihatan ya.
JazakaAllah.
Post a Comment