Thursday, January 6, 2011

RENTAK DI SELANGOR DAH MELARAT KE KEDAH

RANJAU SEPANJANG JALAN.......NO HARVEST BUT A THORN ialah terjemahannya dalam bahasa inggeris di selenggarakan oleh Dr. Harry Aveling............Politik kemiskinan bergegar lagi..........walaupun dah lebih 50 tahun merdeka............kepala otak Shahnon mendahului zaman...........tidak ada kesudahan....tidak ada penyelesaian.............selagi pemimpin penoh berkorap,berpanau dan bersengkela.

Bukan saja banyak ketam......bukan saja banyak tiak.........bukan saja banyak lintah............bukan saja banyak anak.............muncul pula 100 ekor katak.



BERITA dari Mstar
Khamis Januari 6, 2011
Lebih 100 Ahli Pas Di Sik Sertai Umno

SIK: Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.
Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.
"Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.
Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.
"Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan," katanya. - BERNAMA


Ini kawasan srengenge..........walaupun sekarang getah dah mahal.........barangan lain pun mahal (naik harga)............cuma agama tauhid dapat memberi erti terselindong

1 comment:

mosabit said...

kah kah kah kah...

ramainya ahli pas kedah kuar parti masuk umnonok.....alamat tinggal MB soang jer laaa.....